"Never Forget Sewol": Kejadian tragis yang menyayat hati

"Never forget sewol": kejadian tragis yang menyayat hati

Pada 16 April 2014, dunia telah dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati. Siapa sangka bahawa sebuah kapal yang sarat dengan pelbagai muatan dan penumpang telah karam yang menyebabkan 299 orang meninggal dunia, 5 orang hilang dan 172 orang berjaya diselamatkan. Malangnya, kebanyakan korban adalah pelajar sekolah.

Tragedi yang menimpa MV Seoul ini telah menyebabkan jumlah korban yang sangat besar yang menyedihkan bukan sahaja negara Korea Selatan bahkan dunia secara amnya.

Kapal MV Sewol dari Korea Selatan tenggelam pada 16 April 2014, menyebabkan 299 orang meninggal dunia dan 5 orang hilang.

Kapal ini dibina pada tahun 1994 oleh sebuah syarikat Jepun dan dikenali dengan nama Naminoue.

Pada tahun 2012, namanya ditukar kepada MV Sewol oleh syarikat Chonghajejin Marine. Kapal ini mampu menampung sehingga 921 penumpang dan muatan kargo seberat 6.825 tan.

Direka dengan tiga ruang penumpang, kapal ini melakukan pelayaran 3 kali seminggu dari Incheon menuju Jeju.

Pada 15 April 2014, pelayaran tersebut dijadualkan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana amaran jarak penglihatan terhad. Setelah keadaan pulih, pelayaran diteruskan dan pada pagi 16 April 2014 kapal tenggelam sewaktu perjalanan.

Perjalanan menuju ke Pulau Jeju


Perjalanan menuju ke pulau jeju

Pada 15 April 2014, MV Sewol dijadualkan untuk berlayar dari pelabuhan Incheon pada jam 6.30 petang. Namun, sekitar jam 5.30 petang, layanan trafik kapal (VTS) memberikan peringatan jarak pandangan yang terbatas yang menyebabkan pelayaran MV Sewol terpaksa ditangguhkan sementara.

Selepas keadaan pulih, peringatan tersebut ditarik balik dan kapal dibenarkan untuk meninggalkan Incheon pada sekitar jam 9.00 malam. Pada saat meninggalkan pelabuhan, kapal itu dikatakan membawa 476 penumpang dan memuat 2.142 tan barang.

Keseluruhan jumlah penumpang adalah 325 orang atau 68% adalah pelajar tahap 2 sekolah menengah Danwon.

Pelayaran diketuai oleh Kapten Lee Joon-Seok, berusia 69 tahun yang merupakan kapten pengganti dan mempunyai pengalaman lebih dari 40 tahun.

Semasa pelayaran, Kapten Lee dibantu oleh 33 orang anak kapal lain, dengan 19 daripadanya adalah pekerja sambilan.

Masalah ketika pelayaran


Masalah ketika pelayaran

Perjalanan MV Sewol pada awalnya berjalan lancar tanpa masalah, tapi situasi berubah apabila kapal mendekat ke terusan maenggol. Pada masa itu, kapal dikemudi oleh Park Han Kyun dan Chou Joonki.

Pada 8.49 pagi - 16 April 2014, kapten kapal dilaporkan membelok ke arah kanan secara tiba-tiba. Menurut saksi yang selamat, terdengar bunyi dentuman yang kuat semasa kapal membelok dan selepas itu kapal mula berada dalam keadaan tidak stabil.

Menurut hasil siasatan, dentuman kuat itu berlaku disebabkan oleh kendaraan dan barangan kargo yang tidak diikat dengan baik dan bergerak di dalam kapal.

Pada jam 8.52 pagi, salah seorang penumpang membuat panggilan kecemasan 119 dan disambungkan kepada pengawal pantai Mokpo.

Tiga minit kemudian, kapten kapal membuat panggilan kecemasan dan disambungkan kepada Jeju VTS.

Selepas menerima panggilan kecemasan, pihak berkuasa mengarahkan supaya kapten kapal dan penumpang tetap duduk di tempat masing-masing sementara menunggu bantuan tiba.

Pada 8.58 pagi, pihak berkuasa menghantar kapal peronda untuk melihat situasi yang berlaku.

Kemudian pada 9.14 pagi, kru kapal menghubungi Jeju VTS dan mengesahkan MV Sewol sedang tenggelam.

Operasi menyelamat mangsa MV Sewol


Operasi menyelamat mangsa mv sewol

Banyak pihak menuduh operasi menyelamat gagal dilakukan dengan cekap dan menyebabkan banyak korban. Faktor lain seperti laporan insiden yang tak tepat, tiada pengalaman dan masalah komunikasi juga dianggap sebagai penyebab kegagalan menyelamatkan sebahagian besar mangsa.

Menurut laporan, panggilan kecemasan pertama disambungkan kepada pengawal pantai dan bukan kepada agensi menyelamat yang lain, ini menyebabkan proses menyelamat berlaku lambat dan kurang efektif.

Arahan untuk tetap duduk di tempat masing-masing juga diberikan berulang kali, tetapi pada masa itu kapal sudah mula tenggelam. Akhirnya, pada jam 9.30 pagi baru pihak berkuasa memberikan arahan kepada anak kapal dan penumpang untuk meninggalkan kapal. Bot-bot nelayan diarahkan untuk mendekat dan melemparkan jaket keselamatan serta menyelamatkan mangsa yang terlibat.

Walaupun arahan untuk meninggalkan kapal telah diberikan, tidak semua penumpang berjaya melakukannya. Kebanyakan mangsa masih berada di ruang tempat duduk penumpang dan sebahagian lagi sudah terlebih dahulu meninggalkan kapal dengan terjun ke laut.

Kapten kapal Lee Joon-Seok dan beberapa orang kru yang lain meninggalkan kapal lebih awal dan berjaya menyelamatkan diri. Akhirnya, lebih banyak kematian dicatatkan dengan kebanyakan mangsa ditemui lemas akibat terperangkap di dalam kapal.

Tenggelamnya MV Sewol


Tenggelamnya mv sewol

Semasa semua pihak berusaha keras menyelamatkan mangsa yang terlibat, keadaan MV Sewol pada masa itu tenggelam dengan sangat cepat. Pada 9.14 pagi, kru kapal memberitahu pengawal pantai bahawa kapal sedang tenggelam.

Pada 9.18 pagi, MV Sewol sudah condong 50 darjah dan pada 9.38 pagi, sistem komunikasi antara MV Sewol dan pihak berkuasa putus sepenuhnya.

Pada jam 12 tengah hari, keadaan MV Sewol secara keseluruhan sudah terbalik dan pada 2 petang, hanya bahagian bawah kapal yang masih dipermukaan air.

Dengan keadaan kapal yang sudah tenggelam sepenuhnya, usaha untuk mencari mangsa dilakukan dengan giat. Kejadian yang menimpa MV Sewol mendapat perhatian ramai termasuk Presiden Korea Selatan pada masa itu, Park Geon-Hye. Beliau sendiri telah melawat ke lokasi kejadian pada 17 April 2014.

Selepas kapal disahkan tenggelam sepenuhnya, beberapa usaha untuk menaikkan kapal dilakukan, tetapi atas beberapa faktor, usaha untuk menaikkan bangkai MV Sewol gagal.

Hanya selepas 3 tahun, iaitu pada 18 Mac 2017, kapal berjaya dinaikkan dari dasar laut dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM 333 juta.

Insiden yang berlaku terhadap MV Sewol ternyata memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap mangsa yang terselamat.

Waris dan masyarakat Korea Selatan


Waris dan masyarakat korea selatan

Mangsa yang selamat dalam kejadian ini mengalami trauma dan kesedihan yang sangat teruk kerana kehilangan rakan-rakan akibat kejadian tersebut. Kehilangan pelajar dalam jumlah yang besar juga memberi kesan kepada seluruh warga sekolah tinggi Danwon.

Bilik-bilik darjah yang digunakan oleh kebanyakan mangsa dahulu telah diubah menjadi muzium, dihiasi dengan jambangan bunga, gambar, alat tulis dan buku-buku yang mengenang pelajar yang terkorban.

Muzium ini diuruskan oleh sukarelawan yang kebanyakannya merupakan waris kepada mangsa yang terkorban. Di luar kawasan sekolah tinggi Danwon, sebuah monumen juga dibina untuk mengenang peristiwa tersebut dan nama-nama mangsa yang terkorban juga dipaparkan di sana untuk tatapan umum.

Hukuman ke atas pihak terlibat


Hukuman ke atas pihak terlibat

Pada 19 April 2014, Kapten Lee Jong-Seok ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan semasa bertugas dan beberapa tuduhan lain. Menurut undang-undang di Korea Selatan, seorang kapten kapal sepatutnya tetap berada di atas kapal semasa bencana berlaku, tetapi Lee Joon-Seok bertindak sebaliknya dengan meninggalkan kapal yang sedang karam dan menyelamatkan diri sendiri.

Pada hari yang sama, Lee ditangkap dan dua orang krew lain juga ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan. Selain itu, pada 26 April, 12 orang lagi ditahan untuk membantu siasatan. Tangkapan tidak hanya dibuat terhadap krew kapal, tetapi juga dilakukan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Chonghajejin Marine.

Pihak berkuasa juga mencari Yoo Byung-Eun, pemilik kapal MV Sewol, untuk membantu siasatan, tetapi akhirnya dia ditemui meninggal dunia pada 22 Julai 2014. Selepas beberapa perbicaraan, Lee Jong-Seok akhirnya dinyatakan bersalah atas tuduhan membunuh dan dihukum penjara seumur hidup.

Sementara itu, hukuman juga dikenakan terhadap Park Gi-Ho, Ketua Jurutera, 10 tahun penjara, Kim Han Sik, 7 tahun penjara, 4 pegawai kanan Chonghajejin, 2 hingga 4 tahun penjara, dan 14 orang krew kapal lain, 1 hingga 12 tahun penjara.

Tragedi MV Sewol ini membawa kesan kepada politik di Korea Selatan. Perdana Menteri, Chung Hong-Won, membuat keputusan untuk meletak jawatan pada 27 April 2014 kerana merasa bertanggungjawab atas kegagalan operasi menyelamatkan mangsa yang menyebabkan banyak kematian.

Selepas itu, masyarakat juga mendesak Presiden Park Geun-Hye untuk melakukan perkara yang sama. Selain menerima tekanan daripada berbagai pihak, Presiden Park juga terseret dalam beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa.

Akhirnya, pada 10 Mac 2017, Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengesahkan pemecatannya dan dia dihukum 20 tahun penjara.

"Never forget sewol": kejadian tragis yang menyayat hati-2

Kesimpulannya, tragedi MV Sewol ini mengajar kita banyak perkara, terutamanya dari aspek pengurusan bencana dan sistem keselamatan.

Setelah tragedi ini berlaku pihak berkuasa Korea Selatan mengambil iktibar dengan mengetatkan lagi undang-undang dan pemantauan supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi namun kemenangan melibatkan kapal dengan jumlah kematian yang amat besar tidak seharusnya berlaku pada zaman moden ketika ini memandangkan kebanyakan pengangkutan sudah dilengkapi dengan berbagai teknologi canggih yang terkini.

Setiap kemalangan yang berlaku sememangnya berada di luar jangkaan namun kesannya akan lebih minumum jika kita lebih peka dan bersedia.
shiera

Seorang yang baik hati, peramah dan cute :D Sangat suka menulis dan membaca.

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama