Hamza Bendelladj a.k.a Smiling Hacker: Kisah seorang penjenayah siber

Hamza bendelladj aka smiling hacker: kisah seorang penjenayah siber

Tahukah anda Hamza Bendelladj adalah seorang penjenayah siber dari Algeria yang sangat terkenal kerana berjaya mencipta 'SpyEye banking Trojan' yang mampu menyebabkan kerugian pihak bank dan institusi kewangan sehingga berbilion ringgit!

Cerita Hamzah bermula apabila dia menggodam bank dan institusi kewangan. Dia menggunakan nama BX1 atau pun diberikan gelaran 'Smiling Hacker'. Dia menggodam sekitar tahun 2009 hingga 2013.

Dia menggunakan duit yang diperoleh daripada menggodam itu untuk diberikan kepada badan kebajikan di Afrika dan Palestin. Dia diberikan gelaran 'Smiling Hacker' kerana gambar-gambar yang dipaparkan di media menunjukkan dia tersenyum - ada yang tersenyum lebar, ada yang tersenyum sinis.

Tidak sehingga dia ditangkap pada tahun 2013 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun.

Ada yang menggelarkan Hamzah sebagai 'Robinhood', yang mengambil wang dari orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin.

Sejarah dan latar belakang Hamzah


Sejarah dan latar belakang hamzah bendelladj
Hamzah dilahirkan pada tahun 1988 di Algeria dan dia boleh bertutur dalam lima bahasa. Selama lima tahun, dia berada di dalam senarai '10 penggodam paling dikehendaki di Interpol' di seluruh dunia.


Hamzah yang menggunakan kod nama BX1 dan juga menggunakan virus yang dikenali sebagai 'SpyEye Botnet'. Virus ini dicipta oleh Hamzah dan seorang lagi penggodam Rusia - bernama Aleksandr Andreevich yang juga dikenali sebagai Gribodemon.

Mereka bergerak bersama dengan satu tujuan - untuk mencuri wang dari bank atau institusi kewangan.

SpyEye Botnet


Spyeye botnet

Virus SpyEye ni akan menyerang browser komputer milik bank atau institusi kewangan. Bila virus ini sudah ada di browser komputer mereka, mereka boleh merekodkan maklumat-maklumat sensitif tentang kewangan bank dan juga boleh mendapatkan akses kepada sistem kewangan. Dengan itu, mereka boleh memindahkan wang daripada bank atau institusi kewangan ke account yang lain.

Hamzah tidak sahaja telah memberikan sebahagian wangnya kepada NGO di Afrika dan Palestin, malah dia juga digelar sebagai salah seorang penggodam berbahaya di seluruh dunia.

Kerugian dan Tindakan Pihak Berkuasa


Kerugian dan tindakan pihak berkuasa terhadap hamza bendelladj

Hasil siasatan menunjukkan bahawa dia telah menggodam 217 bank dan menyebabkan kerugian sebanyak $100 juta USD.

Selain itu, dia juga bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan termasuk kerajaan Israel - di mana dia mencuri data pertahanan Israel untuk diberikan kepada rakyat Palestin. Dia dianggap berbahaya sejak tahun 2009 hingga 2013, sebelum akhirnya dia ditangkap.

Selain daripada menggodam, dia juga turut menjual virus SpyEye ini dengan harga RM38,000.

smilling hacker hamza bendelladj ditangkap

Pihak berkuasa Amerika telah menyamar menjadi pembeli pada masa proses pembelian untuk mengenal pasti identiti dan lokasi Hamzah yang pada ketika itu sedang berada di Malaysia bersama isteri dan anak perempuannya.

Pada 7 Januari 2013, dia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand ketika berhenti di Bangkok sebelum diestradisi ke Amerika untuk dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara.

Rakan subahatnya, Aleksandr Andreevich a.k.a Gribodemon juga telah ditahan tetapi dijatuhkan hukuman penjara yang lebih sedikit iaitu selama 9 tahun 6 bulan.

Kisah Hamzah ini menjadi satu kisah yang kontroversi. Ada yang menganggap dia sebagai hero dan ada yang menganggap dia sebagai penjenayah.

Namun begitu, ada laporan yang mengatakan Hamzah tidak pernah memberikan duit yang diperolehinya kepada mana-mana badan kebajikan.

Hari ini dia masih meringkuk di dalam penjara dan akan keluar pada tahun 2028.

Itulah serba sedikit kisah mengenai Hamzah Bendelladj a.k.a Robinhood Palestin dan Afrika. Adakah dia Hero? ataupun penjenayah? Anda tentukan sendiri..
Little Dan

Berangan untuk menjelajah dunia. Pakar memasak masakan tradisional. Berpengalaman menulis pelbagai genre dan masih belajar tentang SEO.

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama