Michael Jackson: Kematian yang mengejutkan dunia

Michael jackson: kematian yang mengejutkan dunia

Pada 25 Jun 2009, dunia telah kehilangan salah seorang lagenda muzik terkenal, iaitu Michael Jackson yang digelar sebagai Raja Pop Rock and Soul. Di usia 50 tahun, beliau mempunyai anak-anak yang masih kecil, iaitu Prince Paris dan Blanket.

Pada waktu itu, beliau sedang sibuk dengan siri kemunculan "This Is It", konsert besar yang dijadualkan berlangsung di London antara 13 Julai 2009 dan 6 Mac 2010.

Berita kematian Michael Jackson mengejutkan satu dunia sehingga internet crash pada masa itu, kerana ramai yang "google" untuk mengetahui kenapa Michael Jackson mati. Maka, apakah yang telah berlaku pada hari kematiannya?

Jika anda mencari di Wikipedia Michael Jackson sekarang, anda akan mendapati bahawa penyebab kematian rasmi beliau adalah "Acute Propofol dan Benzodiazepine Intoxication". Jadi, apakah itu? Adakah beliau mengalami ketagihan dadah?

Jadi, untuk artikel pertama aku disini, aku akan berkongsi sedikit tentang sebab-sebab kematian Michael Jackson dan sama ada beliau boleh diselamatkan ketika itu tau tidak. Cekidouttt!

Rambut michael jackson terbakar tahun 1984

Ketika kita melihat gaya hidup mewah Michael Jackson, sukar untuk kita percaya bahawa penghibur hebat dunia ini telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya dalam kesakitan.

Kejadian yang menyebabkan kesakitan


Pada tahun 1984, semasa membuat sebuah penggambaran iklan Pepsi, Michael Jackson telah mengalami kemalangan yang teruk apabila rambut dan kulit kepalanya terbakar akibat terkena bunga api. Pada malam itu, beliau mengalami kebakaran tahap kedua dan ketiga di kepala dan badan. Disebabkan oleh itu beliau dikenali dengan pembedahan plastik dan ubat penenang.

Pada tahun 1999, semasa Michael Jackson sedang beraksi di pentas, beliau telah terjatuh sekitar 50 kaki kerana platform yang dipersembahkan itu telah rosak.

Walaupun mengalami kesakitan, Michael Jackson tetap profesional dan meneruskan persembahannya tanpa mengambil kira kecederaan yang dialaminya. Akibat daripada kejadian itu, beliau telah mengalami kecederaan kekal pada tulang belakangnya.

Selepas itu, dia telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ubat tahan sakit. Akibat dari kesakitan yang dialaminya, dia telah mengalami insomnia yang amat teruk sehinggakan dia kadang-kadang tidak dapat tidur selama 3-5 hari. Ubat tahan sakit dan ubat penenang adalah satu-satunya perkara yang boleh membantu dia untuk tidur.

Michael jackson ketagih ubat-ubatan

Menjelang akhir tahun 1990an, Michael Jackson telah menjadi penagih kepada propofol yang pada asasnya digunakan oleh doktor untuk membius pesakit ketika pembedahan.

Dia amat bergantung dengan propofol disebabkan masalah insomeia yang dihadapi sehingga dia menggelarkannya sebagai "susu".

Pada awal tahun 2009, Michael Jackson menandatangani kontrak yang sangat menguntungkan dengan gergasi media AEG (Anschutz Entertainment Group) untuk menganjurkan satu siri konsert di London.

This is it michael jackson

Konsert “This Is It” yang sepatutnya menjadi kemunculan hebat buat Michael Jackson -- dijadualkan pada bulan Julai 2009 dan latihan dimulakan pada akhir April di Staple Center, Los Angeles.

Persiapan untuk konsert ni memang menjadi rutin yang amat memenatkan bagi Michael Jackson. Hal ini disebabkan dia dah tak buat persembahan secara langsung berskala besar selama lebih dari 10 tahun. Dia terpaksa menari, menyanyi, merancang bersama band, menyusun strategi dengan kru untuk berjam-jam tanpa henti selama lima atau enam hari seminggu.

conrad murray michael jackson

Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya dengan AEG, Michael Jackson meminta untuk mengupah seorang doktor peribadi yang boleh membantunya sepanjang tour selama 6 bulan. AEG bersetuju dan mengupah seorang doktor (Conrad Murray) yang telah mengenali Michael Jackson sebelum ini dan yang pasti memahami keperluan Michael Jackson.

Jadi, hampir setiap malam selepas latihan di Staple Center, Michael Jackson akan pulang ke rumahnya di Los Angeles. Di situ, Doktor Murray akan berada di sampingnya untuk mengawasi pengambilan propofol dan ubat-ubatan lain.

Setiap malam, Doktor Murray akan memberikan suntikan propofol sebanyak 50 miligram. Namun demikian, Doktor Murray kemudian mula mengurangkan dos propofol tersebut kepada 25 miligram, dan menggantikannya dengan sedatif midazolam dan lorazepam sebagai tambahan.

Kronologi kematian Michael Jackson:


Kematian michael jackson mengejutkan dunia

  • Dua hari sebelum kematian Michael Jackson, Doktor Murray telah memberi dua ubat penenang kepadanya tanpa menyuntik propofol. Namun, sehingga jam 1.30 pagi, Michael Jackson masih belum dapat tidur.
  • Doktor Murray kemudian membekalkan dia dengan ubat penenang lain iaitu velium, namun ia tidak berkesan juga.
  • Pada pukul 2.00 pagi, Doktor Murray memberikan lorazepam tetapi Michael Jackson masih gagal untuk tidur. Pada pukul 3.00 pagi, Doktor Murray memberikan midazolam tetapi ia pun tidak berjaya.
  • Pada 10.40 pagi, Doktor Murray memberikan suntikan propofol kepada Michael Jackson setelah diminta untuk berbuat demikian dan dosnya hanya 25 miligram.
  • Beberapa minit selepas suntikan propofol, Michael Jackson sudah tidur namun beberapa minit kemudian, Doktor Murray terkejut kerana beliau melihat Michael Jackson sudah bernafas.

Dari segi perubatan, Michael Jackson masa itu mengalami masalah pernafasan dan pakar-pakar percaya bahawa masih ada peluang untuk menyelamatkannya.

Satu-satunya perkara yang diperlukan oleh Michael Jackson adalah oksigen. Akan tetapi, ketika itu Doktor Murray berfikir bahawa Michael Jackson menghadapi serangan jantung, lalu dia melakukan CPR (Cardio-Pulmonary Resuscitation).

Kematian michael jackson mengejutkan dunia-2

Doktor Murray juga lambat untuk menghubungi 911. Apabila bantuan sampai, Michael Jackson segera dibawa ke UCLA Medical Center dan di sana beliau diisytiharkan meninggal dunia.

Berikutan kematian ini, Doktor Murray telah dikenakan hukuman maksimum selama 4 tahun penjara serta lesen perubatan beliau dibatalkan. Namun begitu, Doktor Murray akhirnya dibebaskan bersyarat selepas menjalani hukuman penjara selama 2 tahun.

Doktor Murray sempat menyalahkan pihak Hospital tempat dimana Michael Jackson dirawat disebabkan paramedik yang buat kerja "lambat" katanya. Beliau juga menegaskan bahawa dia tidak bersalah dan dia adalah seorang doktor yang bertanggungjawab dengan pengalaman lebih 20 tahun. Dia juga menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan kepadanya adalah tidak adil kerana memenjarakan orang yang tidak bersalah.

Michael jackson: kematian yang mengejutkan dunia-2

Cerita pasal Michael Jackson ni sangat sedih sebenarnya sebab kawan-kawan rapat dan kru produksi ni tahu je masalah yang dihadapi Michael Jackson ni tapi tiada siapa pun yang nak bantu dia keluar dari masalah ni!!

Michael Jackson boleh je dibantu dengan dihantar kepusat pemulihan kalau betul-betul ada orang ambil berat pasal dia tetapi pada akhirnya orang-orang di sekelilingya nampak yang Michael Jackson ambil dadah itu lebih menguntungkan daripada Michael Jackson berada dipusat pemulihan untuk memperbetulkan ketagihan.
Little Dan

Berangan untuk menjelajah dunia. Pakar memasak masakan tradisional. Berpengalaman menulis pelbagai genre dan masih belajar tentang SEO.

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama