Misteri Kematian Bruce Lee Terungkap Setelah 50 Tahun!

Misteri kematian bruce lee terungkap setelah 50 tahun!

Bruce Lee merupakan seorang ahli seni bela diri yang sangat handal dan terkenal di seluruh dunia. Beliau juga merupakan seorang aktor yang begitu berbakat dan memukau penonton dengan kemahiran bela dirinya di dalam filem.

Namun, kehidupan beliau terhenti begitu cepat pada usia yang sangat muda.

Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee disahkan meninggal dunia di Hong Kong pada usia 32 tahun, hanya enam hari sebelum tayangan perdana filem Enter the Dragon, filem yang menjadikan beliau sebagai bintang Hollywood pertama dari kalangan bangsa China.

Bagaimana mungkin seseorang yang begitu sihat dan mempunyai bentuk badan yang sempurna boleh mati secara tiba-tiba?

Mitos Tentang Kematian Bruce Lee

Terdapat pelbagai spekulasi dan mitos yang tersebar tentang sebab-sebab kematian Bruce Lee.

Banyak pihak yang mendakwa kononnya bahawa tok guru mereka pernah bertarung dengan Bruce Lee dan mengalahkan Bruce Lee dalam pertarungan tersebut.

Antara salah satu dakwaan yang popular adalah bahawa Bruce Lee mati kerana pernah bertarung dengan Datuk Meor Abdul Rahman, pengasas silat gayung dari Malaysia.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa Bruce Lee mati kerana bertarung dengan Dicky Zulkarnain, seorang pesilat dan pelakon dari Indonesia. Namun, semua dakwaan ini adalah mitos semata-mata.

Namun, untuk mengetahui penyebab sebenar kematian Bruce Lee, kita perlu kembali ke tahun 1973.

Punca Dan Sebab

Pada tahun 1973, Bruce Lee bersama keluarganya telah berada di Hong Kong selama setengah tahun pertama bagi menyelesaikan dua buah filem iaitu Enter The Dragon dan Game of Death.

Kedua-dua filem ini dihasilkan oleh syarikat penerbitan filem Orange Sky Golden Harvest, yang merupakan syarikat milik Raymond Chow, seorang pengasas syarikat tersebut dan juga kawan baik Bruce Lee.

Sebelum Kematian Bruce Lee

Pada 20 Julai, kira-kira jam 8.30 pagi, Bruce Lee telah bangun dari tidurnya dan melaksanakan rutin senaman pagi seperti biasa selama kira-kira 45 minit. Selepas bangun, Bruce Lee biasanya akan melakukan stretching, kardio, angkat berat dan berlatih Jado Kuin Do.

Pada pukul 10.30 pagi, Bruce Lee tiba di Golden Harvest untuk menyiapkan skrip filem Game of Death bersama-sama Raymond Chow.

Pada ketika itu, Bruce Lee telah mengunyah akar ganja yang dipercayainya dapat memperluas kesedaran otaknya.

Di era tahun 1970-an dan 80-an, mengunyah ganja adalah satu perkara yang biasa di Hong Kong, terutamanya di kalangan golongan orang kaya.

Pertemuan Dengan Kekasih Gelap

Perempuan simpanan Bruce Lee, Betty Ting Pei

Pada 1.00 tengahari, Bruce Lee menaiki kereta Mercedes merah telah pergi ke apartment kekasih gelapnya, Betty Ting Pei, seorang pelakon Taiwan yang berusia 26 tahun.

Hubungan mereka dijaga rapi dan dirahsiakan kerana Bruce Lee sudah berkahwin. Bagi seorang pelakon terkenal seperti Bruce Lee, mempunyai skandal adalah sesuatu perkara yang biasa.

Hubungan Bruce Lee dan Betty dikatakan bermula selepas diperkenalkan oleh Raymond Chow. Walaupun hubungan mereka dirahsiakan, cerita mengenai malam Bruce Lee meninggal dunia di apartment Betty Ting Pei di Hong Kong masih menjadi tanda tanya.

Bruce Lee Mengadu Sakit Kepala

Menurut cerita yang ditulis oleh Betty selepas kematian Bruce Lee, pada malam itu, Bruce Lee dan Betty mempunyai temujanji dengan Raymond Chow dan George Lazenby, seorang pelakon Hollywood.

Namun, pada pukul 6.00 petang, Bruce Lee mengadu sakit kepala dan Raymond Chow datang ke apartment Betty untuk menjemput mereka untuk pergi makan malam.

Pada pukul 7.30 malam, semasa mereka bersedia untuk berangkat, Bruce Lee mendakwa sakit kepalanya itu semakin teruk.

Betty memberikan Bruce Lee pil penahan sakit iaitu pil Equagesic. Bruce Lee mengambil pil itu dan kemudian berehat seketika.

Pada pukul 7.45 malam, Raymond meninggalkan apartment itu dahulu kerana telah terlewat untuk pergi makan malam kerana telah berjanji dengan George Lazenby.

Antara jam 8.15 dan 9.30 malam, Raymond menelefon Betty untuk menanyakan keadaan Bruce Lee. Betty memberitahu bahawa Bruce Lee sedang tidur.

Apabila Raymond menelefon kali kedua, Betty memberitahu bahawa Bruce Lee masih lagi tidur tetapi dia akan mengejutkan Bruce Lee.

Tetapi ketika Betty cuba mengejutkan Bruce Lee berulang kali, Bruce Lee tidak bangun-bangun! Betty panik dan menelefon Raymond kembali untuk memberitahu bahawa Bruce Lee tidak sedarkan diri!

Tanpa berlengah, Raymond terus bergegas ke apartmen Betty. Apabila sampai, dia terkejut melihat bahawa Bruce Lee sudah tidak bernafas. Dia sedar bahawa bintang terkenal itu sudah tiada lagi!

Cubaan Menukar Lokasi Kematian

Bayangkan bagaimana Raymond berfikir ketika dia melihat Bruce Lee telah meninggal dunia?

Bagaimana dia akan menjawab kepada orang ramai mengenai kematian lelaki yang paling terkenal di Hong Kong itu? yang mana telah meninggal dunia di atas katil perempuan simpanan? Terutama apabila hanya dia dan Betty sahaja yang tahu akan kejadian itu?

Kejadian ini boleh mengakhiri kerjaya mereka! Media sudah pastinya akan menyalahkan mereka dan mereka mungkin akan dipenjarakan!

Oleh itu, Raymond berfikir bahawa jika dia tidak dapat menyelamatkan Bruce Lee, dia harus mencari jalan lain iaitu jika Bruce Lee harus mati, jangan mati di sini!

Raymond meminta Betty untuk menghubungi doktor peribadinya, iaitu Dr Eugene Chu Poh-hwee.

Doktor Chu cuba untuk menyelamatkan Bruce Lee selama 10 minit tetapi tidak berjaya. Oleh itu, Raymond meminta Doktor Chu untuk membawa Bruce Lee ke Baptist Hospital, tempat di mana doktor Chu bekerja tetapi Doktor Chu tidak setuju.

Sebaliknya, beliau memutuskan untuk menghubungi ambulans untuk merawat Bruce Lee kerana kes ini pada hemat beliau tersangat serius!

Doktor Chu berkeras untuk membawa Bruce Lee ke Queen Elizabeth Hospital, yang berjarak 25 minit dari tempat kejadian, mungkin kerana beliau tidak mahu tempat kerjanya terpalit sama dengan kes skandal ini.

Bruce Lee Disahkan Meninggal Dunia

Bruce Lee funeral

Ambulan tiba dalam masa 7 minit. Paramedik telah melakukan CPR dan memberikan oksigen, tetapi Bruce Lee tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Pada pukul 11.30 malam, Hong Kong digemparkan dengan berita kematian Bruce Lee yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui!

Akhirnya, laporan bedah siasat kemudian dikeluarkan menunjukkan bahawa Bruce Lee telah meninggal dunia disebabkan oleh 'Cerebral Edema' atau bengkak pada bahagian otak, mungkin disebabkan oleh tindak balas perlahan daripada pil Equagesic, ubat penahan sakit yang diberikan oleh Betty kepada Bruce Lee.

Selepas kejadian ini, banyak negara di dunia seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom telah melarang penggunaan pil Equagesic di pasaran.

Upacara penghormatan terakhir kepada mendiang Bruce Lee di Hong Kong telah dihadiri oleh 25 ribu orang!

Tiga hari kemudian, Linda Lee Cadwell iaitu isteri Bruce Lee telah mengebumikan jasad suaminya, Bruce Lee di Seattle, Washington, tempat di mana mereka berdua bertemu dan jatuh cinta.
Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama