Reliant Robin: Kereta atau Motorsikal?

Reliant robin: kereta atau motorsikal?

Tahukah anda mengenai sebuah kereta yang paling kerap menjadi sasaran trolled sehingga pelakon dan pelawak terkenal seperti Mr Bean sendiri juga cukup benci terhadap kereta tersebut?

Kereta tersebut dikenali sebagai Reliant Robin dan yang membezakannya daripada kereta lain adalah ia hanya mempunyai tiga roda sahaja!

Orang-orang di England memang suka trolled kereta tersebut sehingga pada suatu ketika, rancangan Top Gear telah menguji cabaran memandu kereta tersebut hanya dalam beberapa kilometer sahaja, tetapi mereka telah menguji dengan sangat ganas sehingga kereta tersebut terbalik sebanyak 10 kali!

Jadi, mari kita lihat apa itu kereta Reliant Robin dan mengapa ia menjadi sasaran trolled sehingga pada suatu ketika ia telah disenaraikan sebagai salah satu kereta yang paling teruk yang pernah dibina di dunia.

Reliant Robin ni kereta atau motorsikal?

Reliant robin kereta atau motorsikal-2

Nak kata kereta pun yer motorsikal pun ?? Sebab di UK, sesiapa yang mempunyai lesen motosikal je pun dah boleh bawa Reliant Robin ini.

Tetapi, ia juga tidak boleh dianggap sebagai motosikal kerana rupa bentuknya lebih mirip kereta. Pening pak karim!

Sejarah Ringkas Reliant Robin


Sejarah ringkas kereta reliant robin
Imej dari wired

Kereta Reliant Robin adalah kereta yang mempunyai sejarah yang menarik.

Reliant Robin sebenarnya merupakan varian kereta yang berasal daripada kereta Reliant Regal, yang dihasilkan pada tahun 1950-an oleh syarikat Reliant Motor. Nama "Reliant" dipilih kerana ia adalah mewakili nama syarikat yang membuat kereta tersebut.

Sama seperti kereta Reliant Regal, Reliant Robin juga mempunyai saiz yang kecil, dengan hanya tiga tayar.

Popular dan Terkenal


Reliant robin pernah popular dan terkenal
Imej dari vintagenewsdaily

Pada satu masa dahulu, Reliant Motor adalah syarikat pengeluar kereta kedua terbesar di UK. Walaupun kini syarikat ini tidak lagi menghasilkan kereta, tetapi mereka masih memperoleh keuntungan dengan membuat alat ganti untuk kereta Reliant Robin.

Ketika Reliant Robin diperkenalkan pada tahun 1973, kereta ini dilengkapi dengan enjin berkapasiti 750 cc, hampir sama dengan kereta kancil di Malaysia pada masa itu.

Walaupun ketika itu pilihan kereta yang terhad, kereta Reliant Robin tetap mempunyai kualiti yang 'baik' dan 'comel' pada masa itu.

Kereta ini ringan kerana menggunakan fiberglass, yang menjadikan penjualannya agak laku pada masa itu.

Kemudian, terjadi krisis minyak di UK pada tahun 1970-an, dan inilah yang menjadikan kereta ini semakin popular.

Kereta ini sangat jimat minyak dan lebih selamat daripada naik motosikal. Ia juga boleh di-upgrade daripada 750 cc ke 850 cc, yang membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 130 km sejam pada masa itu.

Namun, dengan menggunakan fiberglass dan hanya mempunyai tiga tayar, keselamatan ketika memandu dengan kelajuan sebegitu memang agak menyeramkan!

Reliant Robin MK2


Reliant robin mk2
Imej dari hagerty

Pada tahun 1989, Reliant Robin telah dikemaskini menjadi model MK2 yang mengambil konsep hatchback. Model inilah yang sering kita lihat di televisyen dalam sitkom komedi Mr Bean tu.

Masalah utama kereta ini ialah tayar depannya yang hanya satu. Tayar ini berfungsi sebagai input steering. Apabila memandu dengan laju, tayar ini kurang mempunyai daya cengkaman pada permukaan jalan dan menyebabkan kereta 'understeer'. Sekiranya pemanduan diteruskan pada kelajuan yang lebih tinggi, ia berisiko terbalik!

Sasaran utama pasaran Reliant Robin adalah untuk menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih murah kepada penduduk UK. Oleh itu, kereta ini tidak sesuai untuk dipandu laju di atas jalanraya. Mungkin sesuai untuk perjalanan santai seperti ke pasar?

Harga Reliant Robin


Bagi Reliant Robin MK3, pada waktu itu harga jualannya berada di sekitar £ 10,000 poundsterling.

Pada masa itu, nilai poundsterling amat tinggi jika dibandingkan dengan ringgit Malaysia, dengan 1 poundsterling bersamaan dengan kira-kira 7 ringgit Malaysia, menjadikan harga kereta tersebut sekitar RM 70,000 belum termasuk cukai tau! Sungguh mahal, tetapi ini adalah spesifikasi teratas yang dimiliki kereta tersebut.

Di Malaysia, pada tahun 2000, dengan harga RM 70,000, terdapat banyak pilihan kereta lain yang boleh dipilih. Selain itu, untuk mengimport kereta tersebut ke Malaysia, perlu membayar cukai tambahan, mungkin inilah sebab utama mengapa kereta tersebut tidak dijual di Malaysia.

Jadi Bahan Ejekan


Reliant robin jadi bahan ejekan

Kereta ini juga sering kali menjadi bahan trolled di kalangan ramai orang UK kerana kebanyakan dari mereka tidak memahami betul bagaimana ia berfungsi.

Selain itu, kereta ini bukanlah jenis kereta biasa yang memerlukan lesen memandu kereta, sebab kalau ada lesen motosikal je dah boleh untuk memandunya. Oleh sebab itu orang sana cukup suka kutuk kereta ni. Nama popular kereta ini di UK ialah 'Plastic Pig'!

Mesti anda teringat dulu bila menonton sitkom Mr. Bean, ada beberapa episod di mana apabila Mr. Bean melihat kereta ini, dia akan menggunakan Mini Cooper-nya untuk melanggar Reliant Robin tersebut. (mungkin dia sebenarnya cemburu dengan kereta ini.. haha)

Mr bean cukup benci kereta reliant robin

Sebenarnya, itu juga satu bentuk penghinaan kepada kereta ini dari rakyat UK.. sadis betul..

Dalam satu episod dalam rancangan Top Gear, mereka benar-benar tidak bagi peluang kepada kereta ini. Mereka sengaja menyalahkan kereta ini dengan menaikkan isu-isu negatif tentang kereta tersebut, tetapi pada akhirnya mereka mengakui bahawa mereka telah mengubah saiz tayar untuk memudahkan kereta itu terbalik agar mereka dapat mempersembahkan adegan yang menarik dalam rancangan mereka.

Dalam satu episod yang lain, mereka telah melekatkan Reliant Robin pada roket dan melancarkannya ke udara. Roket itu berjaya meluncur dengan jayanya sebelum akhirnya terhempas ke tanah dan meletup, habis berkecai semua benda!

Reliant robin dilekatkan pada roket

Biasanya, dalam ujian kereta mereka, Top Gear akan meminta pemandu ujian mereka yang dikenali sebagai 'The Stig' untuk menguji kereta itu dengan melakukan satu pusingan di trek ujian mereka.

Namun, kereta ini adalah satu-satunya kereta yang The Stig tak boleh habiskan walaupun untuk satu pusingan di trek! Mereka kutuk kereta ni kaw-kaw punyalah!

Penutupan Syarikat Reliant Motor


Penutupan syarikat reliant robin
Imej dari reliant

Reliant Moto Company menghadapi masalah apabila jualan kereta mereka menurun dan pada tahun 2002, mereka terpaksa menutup pengeluaran.

Reliant Robin, sebuah kereta yang dihasilkan oleh syarikat tersebut, kini sudah semakin jarang didapati kerana terdapat banyak kes kemalangan dan masalah lain yang telah menjejaskan imej kereta tersebut.

Namun begitu, masih ada kolektor yang gemar mengumpul dan membaiki semula Reliant Robin hingga kembali cantik dan dijual semua kepasaran.

Terdapat juga orang yang membeli kereta tersebut dan memasang enjin yang lebih canggih sehingga kereta ini boleh melakukan 'wheelie' kerana ia sangat ringan!

Walau bagaimanapun, jika mengikut piawaian keselamatan terkini, kereta ini tidak mungkin akan lulus ujian piawaian keselamatan NCAP dan mungkin tidak akan berjaya memasuki pasaran kereta moden sekiranya pembuatannya masih lagi diteruskan pada hari ini.
Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama