Cara Terbaik Untuk Menyingkirkan Lemak Di Perut

Cara terbaik untuk menyingkirkan lemak di perut

Setelah bergelut selama berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun dengan perut anda, anda mungkin telah mempertimbangkan untuk memulakan rutin diet dan senaman untuk menyingkirkan lemak degil di bahagian perut.

Perut anda menjadi buncit secara berlebihan, saiz pinggang anda meningkat, dan pakaian anda tidak lagi sesuai seperti dahulu. Keluarga dan rakan-rakan anda juga menyedari perubahan ini, mengusik dan mengolok-olokkan penampilan anda.

Walaupun berusaha tersenyum, anda tahu dalam hati bahawa ini bukanlah perkara yang mudah untuk dihadapi.

Jika anda antara salah seorang dari ramai yang mengalami masalah ini, maka artikel ini adalah untuk anda. Penulis ingin berkongsi dengan anda rahsia yang banyak orang bayar untuk mempelajari: cara terbaik untuk menyingkirkan lemak di perut.

Penting untuk memahami bahawa tidak ada satu kaedah sahaja untuk menyingkirkan lemak perut. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan secara keseluruhan. Berikut adalah beberapa tip yang mungkin berguna bagi anda:

Sebelum kita mula dengan cara terbaik untuk menyingkirkan perut buncit, penulis ingin berkongsi tentang mengapa perut adalah tempat yang paling sukar untuk menyingkirkan lemak.

Sebenarnya, terdapat banyak sebab, tetapi dalam artikel ini penulis akan kongsikan dua sebab utama.

Pertama sekali, jenis sel lemak yang berada di bahagian perut kita berbeza dengan jenis sel lemak yang terdapat di bahagian badan yang lain. Ini bermakna bahawa lemak pada bahagian perut mungkin memerlukan usaha yang lebih besar untuk dibakar.

Kedua, terdapat kekurangan aliran darah ke bahagian perut kita yang menyebabkan proses pembakaran lemak pada bahagian tersebut agak perlahan. Oleh itu, bahagian badan seperti dada, lengan dan tempat-tempat lain yang mempunyai aliran darah yang lebih baik akan diutamakan sebagai sumber tenaga badan kita.

Namun, jangan risau, penurunan berat badan pada bahagian perut bukanlah sesuatu yang mustahil. Ramai yang gagal disebabkan mereka mudah mengalah sebelum melihat hasil yang diinginkan.

Jadi, mari kita bongkar satu per satu rahsia untuk menyingkirkan perut buncit.

1. Defisit Kalori

Untuk menyingkirkan lemak pada mana-mana bahagian badan, kita perlu memastikan pemakanan kita dalam keadaan defisit kalori.

Jadi, apakah itu Defisit Kalori?

Ia adalah mudah sahaja, jumlah kalori yang anda bakar mestilah melebihi jumlah kalori yang anda ambil daripada pemakanan anda.

Untuk memudahkan pemahaman anda, jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan anda seorang yang sihat, masalah perut buncit anda disebabkan oleh pengambilan makanan yang banyak.

Oleh itu, anda perlu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda dan pastikan pemakanan anda dalam keadaan Defisit Kalori.

Ini adalah asas kepada menurunkan berat badan. Defisit Kalori adalah ibu kepada penurunan berat badan.

Jadi, sebagai permulaan, penulis mengesyorkan anda untuk menggabungkan Defisit Kalori dengan senaman yang sesuai dengan keupayaan anda.

Betul, kita boleh mencapai Defisit Kalori tanpa melakukan senaman, tetapi jika anda ingin mendapatkan hasil yang lebih cepat daripada orang yang tidak melakukan senaman, senaman akan membantu membakar lebih banyak kalori dan mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.

2. Sabar

Kita perlu bersabar. Walaupun perkataan ini kelihatan mudah, impaknya sangat kuat dan berkesan.

Perkara ini tidak melibatkan aspek mental sahaja, tetapi ia juga melibatkan fisiologi badan kita.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, aliran darah pada bahagian perut kita tidak sebanyak aliran darah pada bahagian lain badan.

Oleh itu, badan kita akan memberi keutamaan kepada lemak yang mempunyai aliran darah yang baik sebagai sumber tenaga.

Jadi, apabila kita mula melakukan diet dan senaman, kita perlu bersabar kerana badan kita akan menggunakan lemak pada bahagian-bahagian yang disebutkan tadi sebagai sumber tenaga sebelum menggunakan lemak pada bahagian perut untuk dibakar sebagai tenaga.

Secara mudahnya, lemak pada bahagian perut kita seperti sebuah kedai yang menyimpan simpanan untuk tempoh yang lama.

Oleh itu, badan kita akan mencari sumber tenaga dari bahagian lain badan dahulu dan apabila simpanan di tempat lain habis, barulah badan kita akan mencari sumber tenaga dari bahagian perut kita.

Mengapa ini berlaku? Mengapa badan kita mencari?

Ini berlaku disebabkan oleh defisit kalori yang kita lakukan. Apabila kita mengurangkan pengambilan makanan, badan kita akan memulakan proses mencari sumber tenaga dari badan kita sendiri.

Oleh itu, kita perlu konsisten dengan pemakanan dan senaman kita. Banyak orang membuat kesilapan dengan mencari diet yang lain apabila mereka tidak melihat hasil pada bahagian perut mereka. Mereka mencuba pelbagai strategi, tetapi jika kita kerap menukar strategi kita, badan kita tidak akan mencapai tahap untuk membakar lemak pada bahagian perut kita.

Disebabkan itu, kita perlu berpegang pada satu program atau strategi terlebih dahulu untuk jangka masa yang cukup lama supaya badan kita dapat menggunakan lemak pada bahagian perut kita sebagai sumber tenaga.

Kita perlu mengamalkan defisit kalori dengan pilihan senaman kita untuk jangka masa yang lama.

Namun, jika ditanya berapa lama kita perlu bersabar, penulis tidak dapat memberi jawapan yang tuntas kerana setiap badan berbeza-beza.

Penulis tidak tahu berapa berat badan anda sekarang, jenis senaman dan pemakanan yang anda lakukan, dan tahap ketebalan perut anda.

Oleh itu, kita perlu mempertahankan strategi kita dahulu dan melihat hasil daripadanya.

3. ABS Workout Membantu Ke?

Jika anda sudah mempunyai strategi sekarang, kekal dengan strategi itu untuk tempoh yang lama yang mencukupi supaya anda dapat melihat hasilnya. Jangan selalu menukar strategi anda!

Pertanyaan seterusnya yang penulis ingin jawab adalah banyak orang yang bertanya; "Bang, senaman abs apa yang terbaik untuk menghilangkan perut buncit?, Bang, senaman apa yang terbaik untuk saya?".

Senaman abs atau senaman perut tidak membantu secara langsung untuk menghilangkan perut buncit anda kerana untuk membakar lemak di mana-mana bahagian, sama ada di lengan, dada, peha atau perut, kita tidak dapat memilih senaman yang spesifik untuk membakar lemak di bahagian itu kerana lemak dan otot adalah berbeza.

Jika kita mahu mengurangkan lemak pada bahagian peha, buatlah senaman kaki sebanyak mana pun otot anda yang akan tumbuh tetapi kita tidak dapat mengatakan lemak akan terbakar secara langsung disebabkan oleh senaman itu.

Lemak kita akan terbakar kerana kalori yang kita bakar, pemakanan kita berada dalam Calori Deficit seperti yang penulis sebutkan tadi.

Jadi apakah nasihat penulis untuk topik ini?

Fokus kepada Compound Exercise atau senaman yang menggunakan Compound Movement.

Compound Movement adalah senaman yang menggunakan banyak otot dan sendi pada satu masa seperti Squat, Pushups, Pull-up dan sebagainya.

Jadi senaman seperti ini menggunakan banyak otot dan sendi pada satu masa.

Ini akan menyebabkan kalori yang dibakar anda menjadi lebih tinggi berbanding dengan anda yang hanya melakukan senaman abs sahaja.

Tetapi tidak salah jika anda ingin melakukan senaman untuk perut anda. Penulis mencadangkan anda untuk mencari Core Workouts.

Core Workouts adalah satu senaman yang dapat menguatkan bahagian torso anda supaya badan anda akan menjadi lebih kuat untuk melakukan senaman-senaman lain.

Tetapi untuk menjawab soalan; "adakah senaman abs membantu secara langsung untuk menghilangkan perut buncit...? "

Jawapan penulis adalah TIDAK secara langsung, tetapi boleh. Tetapi ketika kita melakukannya, jika tidak ada hasil di perut, jangan salahkan senaman abs itu tidak bagus, kita harus melihat semula pemakanan kita, Calori Defecit kita, senaman kita secara keseluruhan.
Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama