Atlantis Adalah Nusantara?

Atlantis adalah nusantara?

Atlantis adalah sebuah nama yang sudah pasti dikenali oleh ramai orang. Ia sering digambarkan sebagai sebuah tamadun kuno yang hebat dan makmur, sebelum akhirnya musnah tanpa sebarang penjelasan.

Wujudnya tamadun Atlantis ini pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam catatannya yang berjudul Timaeus & Critias.

Atlantis sering dikaitkan dengan kerajaan atau bangsa yang hidup di dalam laut.

Adakah benar mereka tinggal di dalam laut? Adakah mereka manusia atau makhluk lain atau mungkin bunian?

Pada artikel ini penulis ingin berkongsi mengenai sedikit sebanyak misteri tamadun Atlantis yang diambil dari buku 'Membongkar Misteri Tamadun Dunia yang Hilang' yang dikarang oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim.

Namun, di mana sebenarnya Atlantis berada dan adakah ia pernah wujud?

Asal Usul Tamadun Atlantis


Asal usul tamadun atlantis

Tamadun Atlantis dipercayai sebagai tamadun terawal di dunia sebelum wujudnya tamadun Mesir, China, Babylon, Mesopotamia, Greek, Indus dan Inka. Menurut Plato, tamadun ini terletak di kawasan Atlantik dan dikatakan sangat maju dalam teknologi dan seni bina.

Dikatakan bahawa kisah berkenaan Atlantis ini berasal dari pada Solon, seorang ahli politik Athens yang bijaksana dan dihormati yang wujud 150 tahun sebelum kewujudan Plato!

Solon sendiri jumpa catatan-catatan berkenaan Atlantis daripada seorang pendeta tinggi masa beliau melawat Kota Sais, Mesir.

Catatan asli tersebut ditulis dalam tulisan Hieroglif Kuno yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Mesir, kemudian Solon terjemahkan kembali ke dalam bahasa Yunani dan diberi pada sahabatnya yang bernama Droppides - moyang kepada Plato, lepas itu diturunkan pula kepada Critias - datuk Plato dan akhirnya sampai ke tangan Plato.

Atlantis dalam Perspektif Islam


Atlantis menurut islam

Atlantis merupakan satu topik yang mendapat perhatian ramai. Terdapat banyak spekulasi dan teori mengenai keberadaan bandar purba ini, tetapi apa kata Alquran tentang Atlantis?

Menurut beberapa ulama, nama Atlantis berkaitan dengan perkataan "Atala" dalam Alquran yang bermaksud hancur dan kosong. Perkataan "Athal, Athila, Ya'thalu" pula membawa maksud seperti rumah yang tak berpenghuni, binatang yang tiada penjaga, telaga yang tiada air.

Perkataan Athal dan perkataan seiras dengannya diulang dua kali dalam Alquran iaitu dalam surah At-Takwir (ayat ke-4) dan surah Al-Hajj (ayat ke-45).

Ayat dalam surah At-Takwir bermaksud; 'dan ketika unta-unta yang bunting ditinggalkan atau tidak dipedulikan'.

Sementara itu, ayat dalam surah Al-Hajj pula bermaksud; 'berapa kota yang kami telah binasakan yang penduduknya dalam keadaan zalim, tembok-tembok kota itu menutupi atap-atapnya dan berapa banyak pula telaga dan istana tinggi yang telah ditinggalkan'.

Gambaran tentang kiamat


Imam Al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini menggambarkan sebahagian daripada situasi pada hari kiamat di mana unta-unta hamil yang merupakan harta yang sangat berharga untuk orang Arab pada ketika ayat ini turun tapi ditinggalkan dan tak dihiraukan sebab masing-masing nak selamatkan diri.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ayat tersebut bermaksud apabila manusia dibangkitkan semula dari kubur, mereka tidak lagi memikirkan harta dunia dan hanya sibuk menguruskan diri sendiri.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai maksud ayat ini, kebanyakan orang bersetuju bahawa banyaknya umat terdahulu yang dibinasakan Allah dengan menghancurkan kota, meruntuhkan istana dan mengeringkan telaga air disebabkan mereka menzalimi diri sendiri dengan menentang para rasul yang diutuskan Allah kepada mereka.

Ayat ini juga menjadi penghibur kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam berdakwah di mana Allah memberitahu Baginda bahawa Nabi-Nabi sebelumnya juga mengalami dan berhadapan dengan umat yang menentang ajaran yang dibawa, tetapi pada akhirnya para penentang itulah yang binasa.

Atlantis menurut Plato


Atlantis menurut plato

Menurut Plato, Atlantis merupakan sebuah kuasa Marin yang berjaya menakhluk sebahagian besar Eropah Barat dan Afrika.

Tamadun Atlantis dikatakan amat maju dari segi teknologi, kemanusiaan, dan kekayaan dunia. Pulau Atlantis, yang menjadi pusat kerajaan ini, sangat luas dengan saiz mencapai 555 kilometer panjang dan 370 kilometer lebar.

Kota Atlantis dikelilingi oleh benteng air yang berbentuk seperti cincin. Mereka membangunkan kuil, istana, pelabuhan, dan bangunan-bangunan besar yang cantik dengan teratur dan kemas.

Pulau Atlantis merupakan kawasan terbaik di dunia dengan tanah yang subur, banyak galian yang berharga, serta penuh dengan pokok-pokok besar yang hijau dan buah-buahan seperti kelapa. Selain itu, banyak haiwan seperti gajah turut hidup di pulau ini.

Atlantis juga dikelilingi oleh banyak gunung dan bukit dengan ketinggian yang berbeza-beza. Daripada kawasan gunung-gunung ini, banyak sungai terbina dan mengalir ke dataran yang terletak di tengah-tengah pulau. Sungai-sungai ini kemudian bersatu dan mengalir ke wilayah Kota Atlantis sebelum akhirnya mengalir ke laut.

Terusan air yang 100 meter lebar, 33 meter dalam, dan 9 kilometer panjang juga dibina untuk menghubungkan sungai-sungai ini dengan kawasan pelabuhan.

Atlantis juga mempunyai pelbagai kelas masyarakat yang hidup aman dan damai serta menghormati antara satu sama lain.

Mereka tiada perangai pentingkan diri atau tamak walaupun kerajaan telah menyediakan banyak keperluan untuk hidup dan pendidikan mereka. Mereka menganggap semua harta dan kemudahan yang ada itu milik semua orang. Selain itu, emas dan perak tidak dianggap berharga di Atlantis.

Antara pekerjaan yang ada di Atlantis termasuklah tukang batu, tukang kayu, dan tentera.

Tugas utama tentera adalah berjaga-jaga di sekitar Kuil Athena dan Kuil Hephaestus yang terletak di puncak bukit untuk melindungi bandar dari serangan luar.

Namun, disebabkan kekayaan, kemajuan, dan kemewahan yang dimiliki oleh penduduk Atlantis, akhirnya mereka menjadi sombong dan terjerumus dalam dosa. Keadaan ini berakibat pada kegagalan tentera Atlantis dalam menakluki Athens.

Akhirnya, dalam satu hari yang mengerikan, pulau Atlantis dikatakan tenggelam dalam bencana alam yang dahsyat.

Peristiwa tersebut dikatakan berlaku 9000 tahun sebelum zaman Plato.

Musnahnya Kota Atlantis


Musnahnya kota atlantis

Dalam catatan Timaeus mencatatkan peristiwa gempa bumi terhebat yang pernah terjadi di bumi, berpunca daripada letusan gunung berapi Krakatau/Krakatoa di Indonesia.

Peristiwa ini terjadi pada waktu yang sama ketika Atlantis dilaporkan hilang daripada muka bumi, yakni pada 11,000 tahun dahulu. Letusan gunung berapi ini dikatakan sebagai penyebab berakhirnya Zaman Ais Pleistocene, menyebabkan ais mencair dan menyebabkan peningkatan paras air laut.

Akibat letusan gunung berapi tersebut, terjadilah gempa bumi yang sangat kuat. Ditambah lagi dengan paras air laut yang meningkat, ia mengakibatkan terjadinya tsunami yang dahsyat hingga mencapai Pulau Atlantis, sehingga Pulau tersebut tenggelam dalam lautan.

Setelah kejadian itu, penduduk Atlantis terpecah kepada tujuh bangsa yang menetap di kawasan laut. Pulau Atlantis dikatakan terpisah dan menjadi beberapa benua, seperti kepulauan Bahamas.

Bagaimanapun, beberapa penduduk Atlantis yang selamat berhijrah ke daratan sekitar Pulau Atlantis.

Penduduk-penduduk yang berhijrah tersebut akhirnya berkembang menjadi tamadun-tamadun besar seperti Tamadun Indus, Mesopotamia, Hatti, Minoan, Rom, Inka, Maya, dan Astec.

Pelbagai maklumat geografi telah dikaji untuk merujuk topografi muka bumi hari ini bagi mencari lokasi sebenar Kota Atlantis. Terdapat beberapa teori yang mencadangkan lokasi Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Lautan Atlantic, Antartika, dan Carribean.

Menurut ahli arkeologi bernama Richard A. Freund, bandar yang ditemui di kawasan paya DoƱana National Park di Sepanyol menunjukkan ciri-ciri bandar Atlantis. Penemuan ini memberikan petunjuk bahawa Atlantis mungkin berada di kawasan itu.

Pada tahun 1979, sebuah piramid ditemui di dasar laut Segitiga Bermuda. Piramid ini dibina dengan ukuran yang lebih besar daripada piramid Mesir.

Oleh itu, ramai pengkaji sejarah membuat teori bahawa piramid ini mungkin dibina sejak zaman Atlantis, yang berada pada zaman yang lebih awal daripada tamadun Mesir.

Ada juga teori yang menyatakan bahawa teknologi Atlantis mungkin dipelajari oleh tamadun Mesir.

Atlantis mungkin Nusantara?


Atlantis mungkin nusantara

Pada tahun 1985, pasukan pengkaji daripada Norway menemui sebuah kota purba di dasar laut Segitiga Bermuda. Kota ini mempunyai jalan besar dan rumah-rumah yang beratapkan kubah. Penemuan ini memberikan bukti bahawa ada kehidupan manusia di kawasan tersebut pada zaman yang lama dahulu.

Ada sesetengah pengkaji berpendapat yang Pulau Atlantis tenggelam dekat bahagian Asia sebab catatan Plato menyebutkan Atlantis adalah pulau yang kaya dengan bijih timah dan emas sampai digelar sebagai Semenanjung Emas, Gunung Emas dan Bukit Besi Putih.

Penduduk Atlantis juga dikatakan banyak menanam nenas dan pisang yang mana banyak terdapat di kawasan Asia.

Pada tahun 2005, seorang saintis dan pakar kejuruteraan nuklear dari Brazil iaitu Proffesor Arysio Nunes dos Santos mengatakan lokasi Atlantis berkemungkinan terletak dekat kepulauan nusantara.

Dalam bukunya yang bertajuk 'Atlantis: The Lost Continent Finally Found' menjelaskan kajiannya selama hampir 30 tahun mendapati ciri-ciri kota Atlantis banyak persamaan dengan kepulauan nusantara terutamanya Indonesia.

Selain itu, Plato juga ada tegaskan yang penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika sedangkan 11,000 tahun dulu kebanyakan kawasan dekat seluruh dunia ini bersuhu sejuk disebabkan Zaman Ais Pleistocene.

Kawasan yang beriklim panas dengan hujan sepanjang tahun cuma ada dekat kawasan yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa iaitu Kepulauan Nusantara.

Proffesor Santos juga ada jelaskan beberapa hujah dalam kajiannya daripada aspek geologi, iklim tropika, sistem pengaliran, populasi penduduk, struktur muka bumi, sumber semula jadi, gunung berapi dan saiz kawasan.

Penyelidik sejarah telah melakukan banyak usaha untuk mencari lokasi sebenar Atlantis, termasuk di Andalusia, Turki, Cyprus, Malta, Antartika dan Santorini. Namun, sehingga kini, mereka masih gagal menemui kesan arkeologi yang dapat membuktikan kewujudan Atlantis dan menjawab persoalan mengenai lokasi sebenarnya.

Atlantis hanyalah mitos?

Penemuan Atlantis dianggap akan memberi kesan besar pada kemajuan sains, teknologi, dan kemanusiaan pada masa ini kerana tamadun Atlantis dikatakan mempunyai teknologi yang sama atau lebih kuat daripada teknologi moden yang ada dalam dunia sains.

Walaupun banyak yang mempercayai bahawa tamadun Atlantis itu kuat, ada yang menganggap tamadun ini hanya kisah dongeng kerana sains dan teknologi baru sahaja berkembang dalam tempoh seribu tahun yang lalu.

Ramai juga berpendapat bahawa Atlantis hanya mitos yang dicipta oleh Plato berdasarkan fakta sejarah untuk menyokong teori politiknya. Ada yang mengatakan bahawa Atlantis hanyalah imaginasi Plato berkenaan tentang negara ideal yang terdapat dalam bukunya yang bertajuk "Republic".

Apakah pandangan anda mengenai Atlantis? Adakah ia wujud atau hanya mitos semata-mata?
Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama