Ayah Pin: Ajaran Sesat yang Menipu Beribu Manusia!

Ayah pin: ajaran sesat yang menipu beribu manusia!

Ayah Pin adalah seorang sosok kontroversi yang pernah menjadi tumpuan dan perhatian ramai orang di Malaysia satu ketika dahulu.

Bagi sesetengah pengikutnya, dia dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa untuk memenuhi segala permintaan mereka.

"Saya melakukan amalan kemudian mаѕuk ke alam di sebalik mata, iaitu alam barzakh. Saya mеlalui Madinah dan kemudiаn pergi ke Mekah. Dari Mekah, saya tеruѕ naik ke atas dan bertemu sendiri dengan Ayah Pin dalam Istana di langit. Bagi saya, Ayah Pin adalah tuhan."

Itulah antara kata-kata yang pernah diucapkan oleh pengikut setia Ayah Pin ketika ditemubual dalam satu wawancara dahulu. Namun begitu, kata-kata yang sama tidak sesekali boleh diucapkan oleh semua orang! Jangan!

Kemunculan Kerajaan Langit

Pada tahun 2005, masyarakat di Besut, Terengganu digemparkan dengan kemunculan ajaran sesat yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit".

Kemunculan kerajaan langit menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk daerah Besut dan sekitarnya. Beberapa monumen dan replika binaan besar seperti dewan, teko, payung gergasi dan perahu yang mula kelihatan.

Kebimbangan, kecurigaan dan kepelikan mula meresap dalam fikiran penduduk apabila mereka mengetahui bahawa pembinaan tersebut adalah hasil daripada ajaran sesat yang telah diasaskan oleh seorang lelaki yang digelar Ayah Pin.

Siapa Ayah Pin?


Siapa ayah pin

Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Muhammad, merupakan ketua kepada ajaran sesat yang dikenali sebagai kerajaan langit, lahir pada 22 Jun 1941 dan meninggal dunia pada 22 April 2016, dan berasal dari Beris, Kelantan.

Dia mengaku menjadi wakil Tuhan kepada semua agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi.

Bagi pengikutnya, Ayah Pin adalah tuhan dan segala-galanya yang dilakukannya berasaskan wahyu dari langit.

Menariknya, Ayah Pin hanya bersekolah sehingga darjah dua sahaja, namun pengikutnya percaya bahawa dia adalah seorang nabi yang diutus oleh Tuhan.

Ajarannya semakin berkembang dan dia dipuja seperti seorang raja. Segala peralatan dan kemewahan disediakan untuknya seolah-olah dia berada di kayangan.

Sejarah Ayah Pin

Ayah Pin dipercayai bermula sebagai seorang pengikut biasa dalam ajaran 'Hasan Anak Limau', iaitu tok gurunya dan juga menantu kepada Ayah Pin.

Ajaran Hasan Anak Limau yang dipercayai telah bermula sejak tahun 80-an lagi dan berkembang sehingga menjadi kerajaan langit.

Selepas kematian Hasan, Ayah Pin bersama 4 orang isterinya mula mengembangkan ajaran kerajaan langit.

4 orang isteri Ayah Pin dipercayai antara pengikut setia kerajaan langit dan sanggup berbuat apa sahaja untuk melindungi pengasas ajaran ini.

Populariti Ayah Pin

Pada awal 90-an, Ayah Pin mula mengumpul pengikutnya sendiri. Dia mendakwa bahawa mendapat wahyu daripada Tuhan untuk menyebarkan ajarannya yang unik.

Kumpulan pengikutnya pada mulanya kecil, tetapi lambat laun ia menjadi besar dan mula mempengaruhi masyarakat dengan ajarannya.

Penyebaran ajarannya juga dipercayai didalangi oleh orang-orang kenamaan didalam negara dan dikatakan menerima suntikan dana dari golongan-golongan kaya dan artis didalam Malaysia.

Terdapat cerita dimana seorang pemain drum bagi sebuah kumpulan rock terkenal tanahair turut menjadi pengikut setia kepada Ayah Pin.

Antara ajaran yang dikatakan terpesong dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar ialah kiamat tidak akan berlaku dan kononnya Ayah Pin bakal menjadi Perdana Menteri di akhirat kelak.

Ajaran-ajaran seperti ini telah menimbulkan kontroversi dan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Ajaran Sesat Terbongkar

Pada 4 Disember 1997, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah menetapkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin adalah tidak sah, menyesatkan, dan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Pada tahun 2000, penduduk setempat mulai mengesyaki kebenaran ajaran Ayah Pin. Setelah menerima aduan dari orang ramai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu telah memanggil Ayah Pin untuk membantu dalam siasatan dan memberikan penjelasan berhubung aduan tersebut.

Namun begitu, Ayah Pin tidak hadir dan kemudiannya ditahan atas tuduhan tidak memberikan kerjasama. Dia kemudian didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut.

Selepas didapati bersalah atas tuduhan tidak memberikan kerjasama dan menghina mahkamah, lelaki berusia 68 tahun ini telah dijatuhi hukuman penjara selama 11 bulan. Namun, bagi pengikutnya, mereka percaya bahawa Ayah Pin sedang berehat dan tidak dipenjarakan.

Terdapat juga yang percaya bahawa Ayah Pin telah telah naik ke langit dan akan kembali suatu hari nanti.

Semakin Bernafsu Menyebarkan Kultus

Ayah pin semakin bernafsu menyebarkan kultus

Selepas keluar dari penjara pada tahun 2002, Ayah Pin semakin 'bernafsu' untuk menyebarkan ajarannya dengan lebih agresif. Kawasan Batu 13 mengalami perubahan yang ketara setelah dia dan pengikut-pengikutnya membina semula kerajaan langit, yang mereka dakwa seperti dikayangan.

Pengikut-pengikut Ayah Pin semakin bertambah dari hari ke hari. Hal ini lebih ketara lagi apabila beberapa monumen dan replika yang sangat besar dibina di atas kawasan seluas 6 ekar yang dimiliki oleh isteri pertamanya.

Setiap bangunan yang dibina memiliki makna yang tersendiri, Ayah Pin dilayan seperti seorang raja dan semua kelengkapan disediakan seperti di istana. Hal ini membuat pengikut Ayah Pin semakin fanatik dan hanya menuruti perintah Ayah Pin.

Beberapa aktiviti yang dilakukan antara lain berjalan mengelilingi kawasan kerajaan langit dan mendakwa bahawa tidak perlu menunaikan ibadah haji di Mekah.

Pada setiap malam minggu, Ayah Pin memberikan ceramah dan berzikir bersama para pengikutnya. Setiap kata-kata yang diucapkan oleh Ayah Pin diterima dengan sepenuh hati oleh para pengikutnya tanpa dipertanyakan kebenarannya.

Pelbagai golongan masyarakat termasuk dari luar negara mengagungkan Ayah Pin kerana dia menyatakan bahawa ajarannya adalah untuk semua.

Popular Sehingga Luar Negara

Kerajaan Langit juga pernah didokumentarikan oleh sebuah syarikat produksi antarabangsa sekaligus menunjukkan ajaran Ayah Pin mula menular ke pelusuk dunia.

Kawasan yang dibangunkan dengan kos hampir RM 1 juta ringgit ini dikatakan menjadi tempat beramal pengikut-pengikut Ayah Pin. Ada diantaranya kelihatan berjalan mengelilingi setiap replika dan ada juga yang menyambut Ayah Pin dengan penuh hormat.

Ayah Pin juga ada menghadiri beberapa majlis keraian melibatkan suku kaum penduduk pedalaman bertujuan menyebarkan ajaranya.

Difahamkan terdapat pihak tertentu begitu mengagungkan Ayah Pin sehingga sanggup meminum air kakinya sebagai tanda hormat! (yuckss)

Berakhir Kisah Kerajaan Langit

Berakhir kisah kerajaan langit ayah pin

Kawasan yang dulunya ramai dengan pengikut Ayah Pin telah tiba ke penghujungnya.

Pada 20 Julai 2005, tepat jam 10 pagi, kampung yang dikenali sebagai perkampungan Ayah Pin atau perkampungan kerajaan langit telah diserbu oleh pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada Polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

Pengikut-pengikut Ayah Pin yang telah ditangkap diwajibkan mengikuti kursus akidah bagi tujuan pemulihan.

Pejabat Daerah dan Tanah Besut membuat keputusan untuk merobohkan kesemua monumen dan replika yang terdapat di kawasan tersebut serta memperuntukkan tanah untuk kegunaan pertanian sahaja.

Pada 31 Julai 2005, kerja-kerja meroboh monumen dan replika di perkampungan kerajaan langit giat dijalankan. Operasi meroboh ini membabitkan 50 pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya, TNB, dan Syarikat Air Terenganu (SATU).

Kerja-kerja meroboh yang mengambil masa hampir 4 hari itu akhirnya menemui titik noktah - kini kawasan yang dahulunya dipenuhi monumen dan replika-replika gergasi kini tidak lagi kelihatan.

Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama