5 Jenis Aksesori Haram pada Kereta

5 jenis aksesori haram pada kereta

Aksesori kereta memainkan peranan penting dalam meningkatkan nilai estetika dan fungsi kereta. Pemilik kereta sering mencari aksesori yang sesuai dengan citarasa dan gaya hidup mereka.

Namun, terdapat beberapa jenis aksesori kereta yang sebenarnya dianggap haram di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia tau!

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memberikan sedikit kesedaran kepada pembaca mengenai jenis-jenis aksesori kereta yang sepatutnya dielakkan!

Berikut adalah 5 jenis aksesori haram pada kereta yang boleh diperolehi dengan mudah di Malaysia.

5. Strobe Light


5. Strobe light

Lampu strobe light atau lebih dikenali sebagai "lampu polis" memang dijual di kedai aksesori atau dalam platform pembelian atas talian seperti Shopee.

Ianya boleh dibeli sewenangnya oleh sesiapa sahaja tak kira anda orang awam atau penguatkuasa undang-undang.

Namun, sebagai pembeli, perlu diingatkan bahawa pemasangan strobe light pada kereta peribadi adalah tidak dibenarkan!

Fungsi strobe light ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain supaya memberi laluan kepada kenderaan perkhidmatan awam seperti kenderaan polis, ambulans, bomba dan lain-lain dalam situasi kecemasan.

Biasanya, individu yang memasang strobe light ini adalah bertujuan untuk memaksa pemandu lain memberi laluan kepada mereka terutama semasa memandu laju di lebuhraya, terutama pada waktu malam yang mana sukar untuk membezakan jenis kereta yang datang dari belakang.

5. Strobe light-2

Terdapat juga yang memasang lampu biru kecil yang berkelip-kelip dan ianya sudah cukup mengganggu pemandu yang melihat lampu tersebut. Akibatnya, pemandu hadapan mungkin kelam kabut dan mengambil tindakan memberi laluan, walaupun bukan kenderaan perkhidmatan awam!

Di Malaysia, penggunaan strobe light adalah tidak dibenarkan! Anda boleh dikenakan denda sehingga RM 2,000 atau penjara selama 6 bulan sekiranya 'kantoi'.

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, penggunaan strobe light hendaklah dibataskan hanya pada kenderaan perkhidmatan yang dibenarkan sahaja.

4. Roll-Cage


4. Roll-cage

Roll-cage ialah sejenis struktur besi yang dipasang di dalam kereta untuk meningkatkan kekuatan dan keselamatan kenderaan. Roll-cage berfungsi sebagai penahan apabila berlaku kemalangan dan jika terdapat risiko kereta terbalik, ia dapat menahan bumbung kereta daripada 'penyek' dan melindungi pemandu di dalamnya.

Secara umumnya, roll-cage berperanan seperti sangkar besi yang memberikan perlindungan kepada pemandu. Roll-cage berasal daripada industri sukan permotoran di mana keselamatan adalah satu faktor penting yang harus diambil kira.

Dalam perlumbaan yang menggunakan kereta seperti V8 Supercar atau NASCAR, roll-cage adalah satu keperluan untuk melindungi pemandu kenderaan.

4. Roll-cage nascar

Teknologi roll-cage ini kemudian turun ke kereta super seperti Porsche atau Audi TTRS versi trek. Walaupun tidak sepenuhnya sama dengan kereta perlumbaan, tetapi pengeluar kereta memasang roll-cage ini di bahagian belakang kereta untuk memberikan keselamatan tambahan kepada pemandu.

4. Roll-cage audi ttrs

Walau bagaimanapun, penggunaan roll-cage di dalam kereta biasa adalah diharamkan.

Ini disebabkan roll-cage bekerja secara berkesan bersama-sama dengan helmet racing driver. Jika tidak memakai helmet, roll-cage akan lebih berbahaya kerana jika berlaku kemalangan, kepala pemandu boleh terhantuk ke besi roll-cage yang keras. Oleh itu, jika tidak dilengkapi dengan helmet, roll-cage boleh lebih memberikan bahaya daripada keselamatan.

Selain itu, roll-cage yang dijual di kedai-kedai biasa tidak mempunyai sijil keselamatan yang sah. Ini memudaratkan pengguna kereta yang memasang roll-cage di kedai-kedai biasa.

4. Roll-cage-2

Kebanyakan negara mempunyai peraturan yang melarang penggunaan roll-cage di dalam kereta biasa kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna kereta.

Kereta moden sekarang juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan untuk memberikan perlindungan kepada pengguna kereta. Oleh itu, tidak perlu risau tentang keselamatan kereta tanpa roll-cage.

Jadi, adalah lebih baik untuk mengikut peraturan keselamatan dan tidak memasang roll-cage di dalam kereta biasa. Keselamatan adalah perkara penting dalam memandu dan ia harus diambil berat.

3. Lampu Neon


3. Lampu neon aka lampu tomyam

Mungkin anda pernah melihat lampu kedai tomyam yang dipasang di bawah kereta dengan warna-warna seperti hijau, merah, atau biru yang membuat kereta itu kelihatan seperti menyala di bawah.

Di negara seperti Singapura dan beberapa negeri di Amerika Syarikat, lampu neon telah pun diharamkan. Adakah ia juga diharamkan di Malaysia? Tolong komen..

Kebanyakan kedai di Malaysia masih menjual dan memasang lampu neon untuk kereta.

Sebab utama mengapa beberapa negara melarang penggunaan lampu neon adalah kerana ia sangat mengganggu pengguna jalan yang lain.

Sekarang ini, ramai juga yang memasang lampu LED kat bahagian boot belakang kereta mereka, dengan warna-warna yang cerah dan berkelip-kelip.

Lampu kelip led belakang menyilaukan mata

Sebab tu penulis rasa penggunaan lampu tambahan ini mungkin agak mengganggu, terutama jika ia terlalu terang. Cadangan penulis, sebaiknya kita tidak perlu memasang apa-apa lampu tambahan pada kereta kita.

Yang paling penting, tolong bagi lampu signal kereta kalau nak masuk simpang jalan!!

2. License Plate Flipper


2. License plate flipper

Penulis baru tahu tentang ini sebab kebetulan terbaca kat media sosial. Ternyata, ada produk yang dijual untuk memudahkan penukaran nombor plat kereta, sesuatu yang dulu hanya dapat dilihat pada kereta James Bond.

Kini, kita juga boleh membeli produk ini, tetapi perlu diingat, membeli bukan bermakna boleh digunakan dengan bebas!

Menggunakan flipper nombor plat tanpa tujuan yang baik adalah tidak bermoral. Mungkin ia digunakan untuk memperdaya kamera AES semasa memandu melebihi had laju atau tujuan-tujuan pelik yang lain.

Seperti MyKad, nombor plat kereta kita adalah identiti kenderaan kita. Jika kita menukar nombor plat, ia seakan-akan kita menukar identiti kita sendiri.

Ini mungkin berisiko, kerana pemilik asal nombor plat tersebut akan menerima saman yang sepatutnya ditujukan kepada kita!

Jangan sesekali merugikan orang lain dengan tindakan seperti ini. Marilah kita jadi pengguna jalan yang bertanggungjawab dan menghormati peraturan undang-undang yang ada!

1. Ekzos Bising


1. Ekzos bising

Konsep bunyi mungkin kedengaran mudah, tetapi pada hakikatnya, ia agak kompleks. Pertama sekali, bagaimana kita mentakrifkan bunyi bising? Ia mesti diukur dengan peranti tertentu. Betul?

Alat yang digunakan untuk mengukur bunyi dipanggil Noise Level Meter, yang termasuk mikrofon untuk memberikan bacaan.

Jadi, bagaimanakah pihak berkuasa nak menentukan sama ada ekzos kereta terlalu kuat atau tidak, kerana ekzos biasa pun boleh berbunyi kuat jika di'rev'kan enjin ke tahap maksimum? macam mana penguatkuasa nak saman kereta macam ni?

Takkan nak kata 'ok; bagi supercar je boleh pakai ekzos bising tapi bagi kereta biasa macam proton tak boleh..' Macam dah jadi double standard pulak..

Macam tinted kereta pun sama lah kan. Kalau terlalu gelap tak boleh, tapi kalau Vellfire yang memang gelap-gelita tu ok je.. sebab cermin dia memang dah siap-siap gelap.

Vellfire tinted gelap

Memang susah la nak kuatkuasakan peraturan pasal ekzos bising ni.

Nasihat penulis, guna stock ekzos pun ok je. Stock itu indah! sebab kalau bising tapi tak laju pun, tak guna jugak!

Lagipun kalau nak tukar ekzos, kena tune ECU pulak. kalau tak, tak dapatlah extra horsepower.

Tapi kalau buat camtu, warranty jadi void pulak.. macam-macam complication dia.. pening pak abu!~

Jadi, kalau tak ada masa, biar je la stock. Resell value pun kurang jatuh. Tak gitu?
Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

Terbaru Lebih lama