Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman, pada entri ni aku akan cerita sikit sebanyak peristiwa tentang tragedi berdarah yang mengejutkan dunia terjadi di Itaewon, Korea Selatan yang mana telah mengorbankan 151 orang nyawa manusia pada malam pesta sambutan halloween.
Apakah punca kematian dan kenapa ramai yang maut dalam kejadian tersebut?
Kejadian yang berlaku pada sabtu malam 29 oktober 2022 di daerah Itaewon, Seoul Korea dimana seramai lebih daripada 151 nyawa telah terbunuh sewaktu sambutan perayaan halloween sedang berlangsung di daerah tersebut.
Lebih mengejutkan, terdapat salah seorang daripada ratusan mangsa yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi k-pop iaitu Lee Ji-Han.
Sebelum kita pergi lebih jauh tentang kisah tragedi dan insiden yang malang ni, aku kongsikan sedikit asal usul dan sejarah perayaan halloween yang mungkin tak ramai yang tahu kenapa dan mengapa perayaan ini disambut.
Sejarah Halloween
Apabila kita sebut tentang halloween, kita akan membayangkan sosok hantu ataupun mereka yang memakai pakaian² seram dan buah labu yang diukir dan sebagainya untuk menghidupkan suasana horror pada perayaan tersebut.
Halloween adalah perayaan tahunan yang disambut pada 31 oktober, perayaan ini berasal daripada 'Festival Samhain' yang disambut oleh kaum Celtic purba dimana masyarakat Paganism ini akan membakar unggun api dan memakai kostum seram untuk menghalau hantu.
Sejarah perayaan halloween bermula dengan sambutan samhain oleh kaum Celtic purba sekitar 2000 tahun yang lalu, kaum celtic yang berasal dari lokasi kini dikenali sebagai Ireland ataupun Scotland menyambut tahun baru setiap 1 november. Ia menandakan berakhirnya musim panas serta musim menuai dan bermulanya musim sejuk suram yang sering dikaitkan dengan kematian manusia.
Kaum yang menganut ajaran paganism ini percaya pada malam sebelum tahun baru, sempadan antara alam manusia dan alam roh menjadi samar-samar. Jadi pada setiap malam 31 oktober mereka akan mengadakan sambutan samhain kerana dipercayai roh orang yang sudah pun mati akan turun semula ke bumi.
Perayaan yang sebelumnya disebut sebagai 'All Hallows Eve' kemudiannya dikenali sebagai Halloween. Perkataan halloween muncul sekitar tahun 1745 masehi dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya. Perkataan Halloween bermaksud holy evening iaitu petang yang mulia yang dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland.
Berbalik kepada kisah tragedi tragis di Itaewon, Korea selatan.., daerah tersebut sememangnya menjadi kebiasaan sebagai tuan rumah bagi sambutan halloween namun telah tertunda sejak pandemik Covid-19 yang melanda dan sangat² dinantikan oleh mereka yang menyambutnya sejak azali dan pengunjung yang menantikannya bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan malah turut dilawati oleh beberapa negara luar seperti Iran, Uzbekistan, China dan Norway.
Ianya menjadikan Itaewon sebuah destinasi di asia yang popular dengan sambutan itu. Anggaran pengunjung yang berhimpun pada malam sambutan tersebut dianggarkan seramai 100 ribu orang!
Bilangan pengunjung yang turut serta pada sambutan tersebut luar dari kebiasaan sebelum ni dan lebih-lebih lagi apabila kerajaan Korea melonggarkan peraturan tentang syarat berhimpun di tempat awam yang mana sebelum ni dijaga ketat sewaktu mengekang pandemik Covid-19.
Dan kepada korang yang tak tahu, daerah Itaewon adalah tempat yang sangat kecik dan sempit dan korang bayangkan tempat yang kecik dan sempit tu dipenuhi oleh ratusan ribu orang manusia berasak-asak berhimpun. Terlalu banyak maklumat yang dikatakan asbab, faktor dan juga punca.. antara yang dikongsi adalah ;
Sebab kekecohan berlaku disebuah jalan yang menurun iaitu orang yang diatas jatuh menimpa orang yang dibawah sepanjang jalan 45 meter. Dan kesannya berlaku perlanggaran dan himpit menghimpit antara satu sama lain dan akibat daripada rempuhan beramai-ramai itu ratusan nyawa telah terkorban akibat sesak nafas, sakit jantung dan sebagainya.
Memetik laporan CNN, kejadian yang berlaku di daerah Itaewon itu turut menyebabkan 156 orang cedera dan mungkin angka ini akan berubah susulan siasatan masih lagi dijalankan dan pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenal pasti mangsa. Mereka juga telah meminta bantuan daripada keluarga mangsa untuk mengecam mayat ahli keluarga mereka.
Berikutan peristiwa tragis ini, Presiden Korea Selatan; Yoon Suk-yeol mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan rempuhan ketika perayaan halloween di Itaewon, Seoul.
So bayangkanlah guys.. 2 tahun kita berperang dengan Covid, kita jaga sosial distance, kita pakai facecmask, kita ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan masing² namun selepas kerajaan umum je kelonggaran, secara tak sedar kita dah lupa bahawa kita dah hidupkan balik suasana berkumpul secara beramai-ramai dan akhirnya terjadilah kemalangan jiwa yang sangat tragis ni.
Walaupun tak ada sesiapa yang nak kemalangan tragis ini terjadi, banyak kemudaratan dari kebaikan bila dah berasak-asak ditempat sempit dengan ratusan orang kan.. yang baik kita ambil jadikan pengajaran, yang buruk kita tolak jadikan sempadan.