Selepas Gangnam Style, Dimana PSY Sekarang?

Selepas gangnam style, dimana psy sekarang?

Mesti korang ingat lagi penyanyi terkenal korea dengan lagu Gangnam Style.. agaknya apa terjadi dengan dia ni sebab sekarang ni senyap je dulu punyala meletop.. ke dah takda job? hihihi

PSY pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia, malaysia pun tak ketinggalan dengan terkena impak lagu terkenal dari korea iaitu Gangnam Style.

'Bosku ' Najib Razak juga pernah menjemput PSY untuk buat show dimajlis rumah terbuka anjuran BN di Pulai Pinang pada tahun 2013. Ini bermakna bukan rakyat biasa je layan Gangnam Style ni.. bekas perdana menteri pun layan juga beb!

Jadi di entri kali ni aku akan borak pasal PSY, penyanyi terkenal korea yang satu ketika dulu pernah mencetuskan fenomena dan kini seakan diam, sepi atau dah takde job mungkin? haha

Tahu tak korang penyanyi terkenal dari korea selatan yang memperkenalkan k-pop kepada berbillion manusia dimuka bumi ni pernah dibenci dinegaranya sendiri? Rakyat korea sendiri juga pernah gelarkan PSY sebagai artis yang tak senonoh, memalukan korea selatan dan populariti dia ni cuma kebetulan je sebab dia ni mana ada bakat!

PSY merupakan seorang penghibur yang dianggap gila dalam industri muzik k-pop, tapi dia ni tak kisah langsung dengan mulut orang sekeliling.. dan dia tahu yang dia tak perlu nak ubah dirinya untuk menjadi yang terbaik.. inilah yang dikatakan sebagai 'Just be Yourself'.

Psy semasa kecil

Psy budak sekolah

Masa sekolah.. dia ni macam budak-budak nakal dalam kelas yang kita kenal lah masa sekolah dulu.. yang jenis suka buat punchline dalam kelas, suka kacau orang.. malah cikgu pun dikatakan tak suka PSY ni sebab selalu sangat ganggu kelas dengan lawak-lawak bodoh dia. Selain buat lawak dalam kelas, PSY juga ada bakat terpendam iaitu untuk buat persembahan sebagai penghibur.. tapi disebabkan mak bapak dia nak dia takeover family business maka terpaksalah dia memendam impian dia untuk jadi seorang penghibur pada masa tu.

PSY dipaksa mak bapak dia untuk ambil course business dekat kolej, tapi disebabkan dia ni tak minat.. akhirnya dia berhenti dari belajar business.

PSY pun masuk sekolah muzik dan belajar untuk jadi artis k-pop, tapi dia taknak jadi artis k-pop yang biashe-biashe.. yang asyik nak nampak sempurna je.. dia nak lari dari kebiasaan.. dia nak jadi artis k-pop yang gila! Disebabkan dia ni nak jadi gila maka dia pun letak 'stage name' dia sebagai PSY.., singkatan kepada nama PSY-CHO.

Dia tak ada masa nak ikut cara orang lain untuk nampak hensem.. untuk nampak jambu, untuk nampak sempurna atau seangkatan dengannya.. dia cuma nak jadi dia!! Dah memang kelakar dan gila sejak dari zaman sekolah..

Disebabkan dia ni teramat gila.. keluar dari norma kesempurnaan artis korea selatan.. dia dikatakan sampai pernah kena denda dengan pihak berkuasa korea selatan sebab banyak sangat lirik lagu yang tak senonoh dalam album pertamanya sampai lagu dia pun pernah diharamkan untuk dimainkan di negaranya sendiri! Dan tentulah sebagai seorang penghibur yang mempunyai impian yang sangat besar, semestinya dia berasa sangat kecewa dengan negaranya sebab tak faham apa yang dia cuba nak sampaikan.

Mungkin kalau kena kat sesetengah orang mungkin dah giveup lama dah jadi penghibur atau cuba ubah karekter yang macam mana orang lain suka.. tapi dia tetap kekal dengan diri dia! dia taknak jadi orang lain sebab dia yakin karekter dia sangat unik. Dia tetap nak bermain dengan api.. jadi dia pun terus keluarkan lagu-lagu yang boleh dikatakan PELIK.. dan siapa sangka akhirnya si pelik ni berjaya.

Psy champion world cup 2002

Lagu didalam album ke-3 kemudiannya diterima oleh rakyat korea yang mana menjadi lagu kebangsaan untuk worldcup 2002 (korea/japan) yang berjudul 'Champion'.

Daripada dipandang rendah dan dihina, lama kelamaan PSY telah dipandang tinggi, dan orang dah mula respek dengan PSY. Disebabkan dia percaya dengan diri dia dan konsisten buat lagu-lagu pelik yang mencabar pemikiran rakyat korea selatan, dan dengan tak disangka-sangka, lagu PSY telah menggegar bukan setakat korea selatan malah DUNIA!

Semasa ramai artis-artis lain buat lagu nampak style santai, lepak santai ditepi pantai (ewah cam pantun), PSY bersantai dekat taman permainan. Ketika artis lain buat muzik video naik private limousine tapi PSY naik bas yang dipenuhi orang-orang tua! Ketika artis lain buat muzik video dalam kolam peribadi, PSY buat dekat kolam air panas public.

Dengan tarian pelik yang tak nampak hensem pun, PSY dan lagunya iaitu Gangnam Style dapat menguasai dunia! PSY dapat pecah rekod dengan menjadi video pertama diatas mukabumi ni yang mendapat 1 billion tontonan dekat youtube.

Gangnam Style juga telah pecah rekod dunia dengan mendapat likes tertinggi di youtube pada ketika itu.. padahal nyanyi lagu bahasa korea bukannya bahasa orang putih.. orang-orang luar tak faham sepatah haram pun! walaupun orang lain tak faham tapi dia boleh mencetuskan fenomena didunia bukan dekat korea je tau! tambahan dia ni kalau di ikutkan taklah hensem mana pun tapi dia boleh buat satu dunia minat kat dia!! (fuh bukan kaleng²)

psy madonna snoop dogg

Sehinggakan PSY menang anugerah yang besar, artis-artis legend seperti Madonna dan Snoopdogg pun minat dekat PSY ni. Tak ada siapa yang sangka PSY telah meletakkan k-pop kepada puncak tertinggi dunia!

Selepas dia membawa kebanggaan kepada korea selatan, kemudian wajah² artis baru k-pop mula muncul. Dengan artis yang lebih hensem, lebih cantik, lebih muda dan seksi.. artis-artis ni telah diambil serius oleh peminat-peminat. Dan orang mula sedar PSY Gangnam Style hanyalah sekadar viral sementara.

Popular yang cuma kebetulan?

Tapi sebenarnya sangkaan ramai sebenarnya SALAH! Sebab PSY ade je buat lagu² secara konsisten dan dia pun ada je buat lagu dengan artis popular terkini iaitu SUGA BTS.

Sememangnya PSY bukanlah menjadi muka depan untuk artis k-pop dunia pada zaman sekarang ni, tetapi PSY sudah berjaya mewujudkan label muzik dia yang sendiri. Daripada menjadi artis yang lagunya pernah diharamkan dinegaranya sendiri, akhirnya PSY menjadi artis yang diagungkan diseluruh dunia. Daripada tak minat belajar bisnes akhirnya PSY buat bisnes dengan mewujudkan label muziknya sendiri!!

PSY telah membuktikan bahawa dengan menjadi diri sendiri dan yakin dengan apa yang kita lakukan, kita boleh menguasai dunia dan berjaya tanpa mempedulikan mulut-mulut pembenci yang ingin merosakkan reputasi. Semoga dengan cerita PSY dapat bagi pengajaran dekat korang semua supaya tidak mengaku kalah dengan melakukan apa yang korang minat.

Jadi apa pendapat korang tentang artis k-pop yang bernama PSY ni?
Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama