Anwar Ibrahim: Pemimpin Malaysia yang diakui Dunia

Anwar ibrahim: pemimpin malaysia yang diakui dunia

Senario politik di Malaysia berubah pada 19 November 2022, Piliran Raya Umum ke 15 -- apabila pilihan rakyat berpecah kepada banyak parti politik dan tiada pakatan yang bersedia untuk membentuk kerajaan. Alhasil, kita punya 'Parlimen Tergantung / Hung Parliament'.

Setelah 5 hari bersama rundingan parti politik, YDPA dan mesyuarat Majlis Raja-Raja, pada 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada usia 75 tahun.

24 tahun semenjak laungan reformasi, Anwar Ibrahim telah mengalami banyak dugaan dan cabaran. Walaupun dihujani pelbagai tuduhan, sokongan rakyat dan keluarga tidak pernah luntur. Dan kini, sejarah baru telah tercatat dalam politik Malaysia.

Reformasi adalah milik semua, bukan agenda politik semata-mata. Rakyat memerlukan pembaharuan dalam pentadbiran negara dan jangan lupa, sejarah telah berubah!

Latarbelakang Anwar Ibrahim


Latarbelakang anwar ibrahim

Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ibu bapanya adalah tokoh dalam UMNO, jadi suasana politik orang melayu telah menjadi 'darah daging' dalam kehidupan Anwar.

Beliau adalah bekas pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1960-1966) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya (1967-1971).

Latarbelakang anwar ibrahim-2

Selama peristiwa berdarah 13 Mei 1969, Anwar bersama Tun Mahathir memimpin himpunan mahasiswa dalam usaha mendesak kerajaan melindungi hak dan kepentingan orang Melayu dan umat islam.

Anwar menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi Presiden dari tahun 1972-1982. Beliau dan para aktivis ABIM telah menubuhkan Yayasan Anda Akademik bagi membolehkan rakyat yang tersisih untuk meneruskan pendidikan.

Semasa beliau berusia 27 tahun, Anwar dipenjara selama 20 bulan pada tahun 1974-1976 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Internal Security Act (ISA) kerana demonstrasi jalanan yang melibatkan 5000 orang mahasiswa berhubung isu di Baling, Kedah.

Anwar bersetuju untuk menyertai parti pimpinan Tun Mahathir, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1982, setahun setelah Tun Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981.

Anwar mengundurkan diri dari ABIM pada tahun 1982 dan mula aktif dalam UMNO sewaktu beliau berusia 35 tahun, kemudiannya memenangi pilihanraya umum pada bulan April 1982 di Parlimen Permatang Pauh.

Kejayaan karier Anwar Ibrahim


Kejayaan karier anwar ibrahim

Pada 2 Jun 1983, Anwar dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan seterusnya Menteri Pertanian (1984) dan Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1991.

Pada tahun 1993, Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri juga memikul jawatan Menteri Kewangan selepas menang menjadi Timbalan Presiden UMNO mengalahkan Tun Ghaffar Baba.

Pada 19 Mei 1997, beliau dilantik menjadi pemangku perdana menteri dan menteri dalam negeri semasa Tun Mahathir bercuti selama dua bulan.

Kemudiannya hubungan kedua-dua pemimpin ini merosot akibat ketidaksefahaman dalam pentadbiran dan sewaktu ketiadaan Tun Mahathir, Anwar telah mengambil langkah merubah struktur kerajaan yang memburukkan hubungan mereka.

Permulaan Reformasi oleh Anwar Ibrahim


Permulaan reformasi oleh anwar ibrahim

Pada 19 Julai 1998, ketika Persidangan Agung Tahunan UMNO Anwar dilihat berada dibarisan hadapan melancarkan kempen pembaharuan politik dalam UMNO.

Anwar telah diusir keluar semasa persidangan UMNO dan diberi pilihan samaada meletak jawatan atau digugurkan dari UMNO.

Dalam bulan yang sama Anwar turut dikaitkan dengan isu salahlaku seksual.

Pada 2 September 1998, Anwar telah dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Menurut Tun Mahathir, pemecatan Anwar disebabkan beliau tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Selepas itu Anwar juga telah mengadakan perhimpunan untuk mendapatkan sokongan.

Disebabkan tindakan Anwar yang menentang kedudukan Perdana Menteri, beliau telah dicadangkan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Anwar turut berikrar bahawa beliau akan berusaha untuk terus berjuang membersihkan namanya dan menuntut pembaharuan dilakukan dalam UMNO yang terpalit dengan isu rasuah dan kronisme.

Pertuduhan Mahkamah keatas Anwar Ibrahim


Pertuduhan mahkamah keatas anwar ibrahim

Pada 29 September dan 5 Oktober 1998, Anwar dibawa ke Mahkamah dengan mata yang lebam dan memakai pendakap leher. Anwar telah mendakwa beliau telah dipukul semasa berada dibawah tahanan polis.

Selepas siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja, kecederaan dialami Anwar disebabkan serangan fizikal oleh Ketua Polis Negara iaitu Abdul Rahim Noor.

Kemudian bermulalah liku-liku perjalanan politik Anwar apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara enam tahun pada 14 April 1999 selepas beliau disabitkan atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa.

Liku liku perjalanan hidup anwar ibrahim

Ini telah menyebabkan protes besar-besaran dengan laungan 'Reformasi' oleh penyokong Anwar, pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan seperti meriam air (watercanon) untuk meleraikan kumpulan penunjuk perasaan.

Pada 8 Ogos 2000 pula, Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun keatas kesalahan salahlaku seksual.

Sejak itu pelbagai kritikan dari pihak luar yang menyifatkan ianya mempunyai motif kepentingan politik pihak tertentu.

Pada September 2004, Mahkamah Persekutuan membatalkan pertuduhan liwat dan membebaskan Anwar kerana tiada bukti pendakwaan yang kukuh keatasnya selepas enam tahun beliau dipenjarakan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan yang dilakukan pada 2008 atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100% tentang sampel mangsa bagi ujian DNA.

Perbicaraan kes liwat tersebut bermula pada 2009 di Mahkamah Tinggi. Ini merupakah kes liwat kedua terhadap Anwar.

Walaupun Anwar dibebaskan pada 2012, pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi telah mengemukakan petisyen rayuan supaya Anwar terus disabitkan kesalahan atas tuduhan liwat.

Anwar menyatakan sekali lagi fitnah dibuat keatas beliau sebagai 'konspirasi jahat politik' untuk menghentikan kemaraannya.

Pada 7 Mac 2014, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan dengan itu mengenepikan keputusan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 2012.

Pada 10 Febuari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Mahkamah juga mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaan bahawa wujudnya 'konspirasi politik' terhadap dirinya.

Pada 16 Mei 2018, Anwar memperoleh Pengampunan Diraja tanpa syarat daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad ke-5 -- dengan semua rekod kesalahan dan penjara dibersihkan serta merta.

Anwar Ibrahim bersama Pakatan Harapan


Anwar ibrahim bersama pakatan harapan

Skandal 1MDB membabitkan Perdana Menteri Najib Razak semakin meruncing pada penghujung 2016 dengan reputasi Malaysia semakin buruk diperingkat antarabangsa.

Oleh itu Tun Mahathir mengumumkan untuk kembali kedalam arena politik -- bergabung bersama Pakatan Harapan dibawah tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dengan kerjasama parti politik dan kebangkitan rakyat ketika itu, Pakatan Harapan yang disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, AMANAH dan BERSATU memperoleh kemenangan dengan majoriti mudah iaitu 113 daripada 222 kerusi parlimen sekali gus mendapat mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Setelah lebih 60 tahun dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah berjaya ditumbangkan.

Kemenangan Anwar di Tambun


Kemenangan anwar di tambun

Dalam Pilihanraya Umum ke 15 pada November 2022, Pakatan Harapan mempunyai misi dan visi yang jelas untuk rakyat dan Anwar sendiri giat menjelajah ke seluruh pelusuk negeri untuk bertemu rakyat.

Dalam PRU15, Anwar bertanding untuk kerusi Parlimen Tambun dan masih berdepan dengan cabaran yang sukar. Namun kemenangan dicapai oleh Anwar apabila beliau memperoleh 49,625 undi menewaskan pencabar terdekat iaitu Ahmad Faizal Azumu iaitu Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Keputusan Pilihanraya Umum ke-15


Keputusan pilihanraya umum ke-15

Daripada 219 kerusi dipertandingkan, Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 23 kerusi dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 6 kerusi.

Tiada pakatan yang mencecah majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan baharu sekaligus menyebabkan parlimen tergantung dan pakatan politik cuba membuktikan masing-masing mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Pindaan Akta Lompat Parti


Pindaan akta lompat parti 2022

Namun kali ini, pengkhianatan oleh 'katak politik' tidak lagi boleh berlaku sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

Bermula 5 Oktober 2022, pindaan Perlembagaan telah dikuatkuasakan bagi Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti menyebabkan ahli Dewan Rakyat akan hilang kerusi dimenanginya jika seseorang bertukar parti.

Bagaimanapun ia tidak melarang mana-mana gabungan untuk bekerjasama dengan gabungan atau parti lain untuk membentuk kerajaan campuran.

Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10


Anwar ibrahim dilantik sebagai perdana menteri malaysia ke 10

Setelah beberapa hari ketidaktentuan dalam pembentukan kerajaan baharu, akhirnya 'Kerajaan Perpaduan' yang diharap lebih kukuh, mempunyai kesepakatan dan bekerjasama demi menjaga kepentingan rakyat telah dapat dibentuk.

Anwar ibrahim dilantik sebagai perdana menteri malaysia ke 10-2

Yang di-Pertuan Agong menyatakan dalam satu surat setelah sesi perbincangan khas dengan Majlis Raja-Raja Melayu telah berkenan untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada petang 24 November 2022.

Dalam ucapan awalnya kepada media, beliau menjamin dan menegaskan lagi bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu dan hak semua rakyat berbilang bangsa disemua wilayah sebagai warganegara.

Anwar ibrahim pm 10 malaysia

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim adalah satu figura politik dengan perjuangan yang sangat panjang dan penuh liku, disulami dengan perit dan getir -- ditambah dengan sudut pemikiran luas dan kritis dimana merupakan kelebihan yang amat sukar dicari dalam pemimpin masa kini. Sifat berjiwa besar dan mesra beliau amat disenangi kebanyakan rakyat.

Sejurus beliau menjadi Perdana Menteri, para pemimpin dunia terus-menerus mengucapkan tahniah dan menyampaikan hasrat untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai sektor dan ini menjadi isyarat positif pertama buat negara didalam memacu ekonomi Malaysia kearah yang lebih baik dimasa hadapan, Insyaallah.
Little Dan

Berangan untuk menjelajah dunia. Pakar memasak masakan tradisional. Berpengalaman menulis pelbagai genre dan masih belajar tentang SEO.

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama