Peminat Filem dan Drama Korea Selatan dikejutkan hari ini setelah membaca berita yang diumumkan oleh Song Joong Ki. Dalam satu kenyataan, pelakon terkenal itu mengumumkan tentang perkahwinannya dengan Katy Louise Saunders dan wanita asal dari London itu dikatakan sedang hamil.
Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Katy Louise Saunders dan bagaimana dia berkahwin dengan pelakon terkenal seperti Song Joong Ki.
Nama Katy Louise Saunders kini menjadi hangat setelah pengumuman perkahwinan mereka. Siapakah sebenarnya dia? Adakah dia seorang bekas pelakon Inggeris seperti yang dikatakan? Berikut adalah profil ringkasnya (berdasarkan pelbagai sumber).
Latar Belakang Katy Louise Saunders
Katy Louise Saunders dilahirkan pada tahun 21 julai 1984 dan berasal dari London -- Berkacukan Inggeris (ayah) dan Columbia (ibu) -- Berpendidikan dari University Luigi Bocconi, Milan, Italy.
Katy memulakan kariernya sebagai seeorang pelakon pada tahun 2002, muncul dalam beberapa filem Inggeris dan Itali seperti 'The Lizzie McGuire Movie,' 'The Borgia,' 'Third Person,' dan 'Welcome Home'.
Dia juga telah memenangi penghargaan berprestij pada majlis Student Jury Award - Special Mention. Pada masa itu, dia telah menerima trofi dalam kategori 'Pelakon Baharu Terbaik'.
Nama Katy Louise Saunders juga terkenal dalam dunia hiburan Hollywood setelah berlakon bersama dengan Liam Neeson, James Franco, Mila Kunis, dan Olivia Wilde dalam filem The Third Person pada tahun 2013. Kemampuannya dalam berlakon membuatkan namanya jadi terkenal dan disegani dalam kalangan industri hiburan.
Dari pelakon kepada tutor bahasa
Setelah 4 tahun tidak kelihatan di dunia hiburan, Katy Louise Saunders dikatakan memutuskan untuk bersara dari dunia lakonan dan beralih kerjaya sebagai tutor bahasa.
Menurut laporan dari Sports Chosun, salah satu media di Korea, Katy Louise Saunders telah menjadi guru bahasa Itali kepada Song Joong Ki sewaktu penggambaran drama popular Korea, Vincenzo.
Pernah melahirkan anak
Ada laporan dalam satu forum di Korea mengatakan bahawa Katy mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun. Media Korea juga mendedahkan gambar-gambar kehamilan yang disyaki.
Menurut media Korea 'OSEN', Katy Louise Sanders dahulu aktif dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon, jadi gambar-gambar dan video aktivitinya boleh ditemui di mana-mana media asing dan juga saluran YouTube.
Yang paling menonjol adalah ketika dia muncul di depan khalayak ramai di Itali pada Mac 2012, dia diambil gambar dengan perut besar yang disyaki hamil. Oleh itu, rumors kehamilannya pada tahun 2012 terus dikongsikan hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, bapa kepada anak perempuan itu tidak diketahui.
Telah mendaftarkan perkahwinan
Pada 30 Januari 2023, Song Joong Ki, telah membuat pengumuman gembira buat peminatnya diseluruh dunia.
Dalam satu kenyataan media, Joong Ki memberitahu bahawa dia akan menjalani hidup bersama Katy Louise Saunders, wanita yang telah menjadi sokongan dan teman baiknya selama ini.
Joong Ki berkata,
"Hello, Ini adalah Joong Ki. Hari ini, saya memberi salam kerana saya ingin berkongsi satu janji yang lebih bahagia dan berharga bagi saya daripada apa-apa. Saya telah berjanji untuk terus hidup bersama Katy Louise Saunders, yang telah berada di sisi saya dan memberikan sokongan dan saya telah menghabiskan masa yang berharga bersama-sama dan mempercayai antara satu sama lain. Dia mempunyai hati yang baik dan hidup dengan penuh semangat. Dia adalah orang yang bijaksana dan hebat hingga saya memuji dia. Terima kasih kerana dia, saya sedang menjadi orang yang lebih baik."
Joong Ki juga menambah, "Kami sememangnya mengimpikan sebuah keluarga bahagia bersama. Kami telah bekerjasama untuk memenuhi janji kami, dan kami amat bersyukur kerana satu hidup baru telah datang kepada kami. Dan hari ini, berdasarkan keyakinan dan cinta yang dalam diantara kami, kami sedang dalam perjalanan pulang setelah mendaftar perkahwinan kami untuk memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri."
"Kami akan menghadapi hari-hari mendatang dengan indah. Saya dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menghargai saya tanpa meminta apa-apa. Terutamanya sokongan dari Ki Aile (fan club Song Joong Ki) yang memberikan kekuatan terbesar kepada saya sepanjang kerjaya saya sebagai pelakon, saya akan bekerja keras untuk terus terbang lebih tinggi sebagai pelakon dan individu yang lebih bertanggungjawab dan penuh semangat," tambah Joong Ki.
Jadi kepada fan Song Joong Ki, teruskan untuk menyokong dan doakan yang terbaik untuk mereka berdua, semoga hubungan mereka kekal baik saja.