7 Negara Di Dunia Yang Tiada Masjid

7 negara di dunia yang tiada masjid

Masjid merupakan bangunan penting kepada umat islam untuk menunaikan ibadah. Berbeza dengan Malaysia yang masjidnya cukup luas, tetapi tahukah anda bahawa ada negara yang langsung tak ada masjid.

Ini biasanya disebabkan oleh jumlah penduduk islam yang kecil di negara terbabit tetapi ada juga negara yang mengharamkan pembinaan masjid dan tidak mengiktiraf islam.

Jom admin kongsikan 7 Negara Di Dunia Yang Tiada Masjid!

1. Slovakia


1. Slovakia


Slovakia adalah sebuah negara bergunung-ganang di Eropah tengah yang bersempadan dengan Poland di utara, Hungary di selatan, Ukraine di timur, Austria di barat daya dan Republic Czech di barat.

Slovakia merupakan negara yang mempunyai undang-undang yang menjadikan islam tidak diterima sebagai salah satu agama rasmi negara itu. Menurut bancian terkini terdapat kira-kira 2 ribu orang islam daripada 5.4 juta penduduk tinggal di Slovakia.

Ini Menjadikan Slovakia satu-satunya negara anggota kesatuan eropah yang tidak mempunyai masjid. Jadi orang islam di Slovakia cuma menunaikan solat di rumah.

2. Uruguay


Uruguay adalah negara Sepanyol terkecil yang terletak di tenggara Amerika selatan. Disana ada orang islam tapi tak ada masjid, walaupun begitu kedutaan Mesir di ibukota Uruguay (Montevideo) menyediakan ruang solat untuk solat jumaat.

3. San Marino


San Marino adalah salah satu negara terkecil didunia yang dikelilingi oleh Itali dan dikatakan sebagai republik tertua yang masih hidup didunia.

Di San Marino populasi islam sangat kecil, tidak ada masjid di negara ini jadi umat islam sering pergi ke masjid Fondi dan Ravenna yang terletak di negara jiran iaitu Itali.

4. Monaco


Monaco adalah negara kedua terkecil didunia selepas Vatican City, saiz negara ini lebih kurang Angelo Park di New York.

Lokasi Monaco terletak di sebelah laut mediterranean dan berjiran dengan France. Tempat paling famous (hot spot) di Monaco adalah Kasino de Monte-Carlo (kasino yang james bond berlakon tu).

Walaupun Monaco adalah salah satu destinasi utama dunia untuk perjudian, tapi tahukah anda bahawa warga Monaco tidak dibenarkan masuk kedalam Kasino.

kenapa bendera indonesia sama bendera monaco

Bendera negara Monaco adalah sama dengan bendera Indonesia dan Monaco adalah negara yang mempunyai paling ramai jutawan di eropah. Disebabkan termasuk dalam senarai negara yang tidak mempunyai masjid, jemaah islam di Monaco terpaksa meninggalkan negara itu kepusat ibadat dinegara terdekat iaitu Perancis.

5. Vatican


Negara ini adalah tempat bersejarah dan rumah kepada holisi atau nama lain untuk kerajaan gereja roman katolik, setiap tahun berjuta-juta jemaah datang ke negara ini ditengah-tengah Rom Italy untuk mengambil berkat daripada Pope.

Oleh disebabkan itu tak ada masjid langsung dekat negara ini, kalau orang islam nak pergi masjid kena pergi kat negara jiran iaitu Italy.

6. Estonia


Sebanyak 75% penduduk Estonia adalah Atheist. Di Estonia agama dilihat sebagai kepercayaan penjajah yang kemudiannya ditolak oleh majoriti masyarakat malah sekolah-sekolah di Estonia tidak menampilkan pengajian agama sebagai pendidikan di sekolah.

Selain itu, Estonia adalah salah satu negara eropah yang mempunyai penduduk islam yang terkecil, tiada masjid dekat situ, umat islam di negara ini lazimnya menunaikan solat di pusat kebudayaan islam (Tallinn).

7. São Tomé and Príncipe


Negara yang terletak di samudera atlantik pantai barat Afrika, São Tomé and Príncipe adalah negara pulau yang penduduknya berbahasa portugis. Negara ini sangat kecil dan baru merdeka dari Portugal pada 12 Julai 1975.

Lebih dari 95% populasi São Tomé and Príncipe adalah orang kristian. Roman Katolik adalah agama kristian yang paling dominan di negara ini.

Tidak ada satu pun masjid di São Tomé and Príncipe.., menjadikannya sebagai satu-satunya negara di benua afrika yang tak ada masjid.

Jadi itulah antara senarai 7 Negara Di Dunia Yang Tiada Masjid.
Admin

Telah mula menulis sejak 2011 tapi terbantut ditengah jalan. Kini kembali menulis lagi untuk berkongsi maklumat menarik dan terkini dalam dunia blogging, tips, infosihat, informasi menarik dan bermacam lagi. Stay Tuned!

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama